Thursday, 26 September 2013

RESEPI SAYUR “TENE”….

Assalamualaikum….harini fiza nak kongsikan resepi sayur tene…Masakan ini amat popular di Terengganu…

Bahan-bahan:
  • Sayur Tene 1 batang (Petola)
  • Ikan Selayang 2-3 ekor (Orang luar trg panggil ikan sardin)
  • Soohun + pucuk
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • *ditumbuk:dikisar….

Cara-caranya:

     1) Petola dipotong seperti dalam gambar di bawah….














2) Ambik isi ikan tumbuk sampai hancur (semasa tumbuk dalam lesung batu masukkan  garam sekali yer). Buatkan bulat2 seperti bebola ikan.


3)Bawang merah + bawang putih + lada hitam ditumbuk juga.
4)Tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
5)Bila dah garing, masukkan air satu atau dua cawan mengikut anda…Kalau nak kuah letak banyak air.
6)Masukkan soohun+pucuk dan petola..masukkan garam secukup rasa.

Dah siap untuk dimakan…



1 comment: