Wednesday 29 January 2014

Katalog Produk Shaklee

VIVIX (150ml)
  • Anti penuaan selular
  • Menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun dan sendi
  • Meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap selular
ESP ~ Soy Protein Isolate powder (850gm)
  • Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
Vita-Lea (120 Tabs)
*tidak digalakkan diambil bersama dengan susu & produk tenusu
  • Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
  • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • Menyokong sistem pembiakan
  • Pertumbuhan dan penggantian sel
B Complex (120 Tabs)
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Menukarkan makanan menjadi tenaga
  • Mengurangkan simptom kemurungan & tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak
Sustained Released Vita C Plus (180 Tabs)
  • Anti-oksidan semulajadi
  • Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
  • Menolong mengurangkan simptom alergi

DTX Complex (90 Caps)
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanikal melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
Nutriferon (30 x 1.2g)
  • Mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun
  • Melindungi dari jangkitan selsema, viral, bakteria dan kanser
Meal Shake (544g)
  • Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak
Performance Drink (539gm)
  • Menyediakan tenaga seger bagi tubuh
  • Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elekrolit bagi mengelakkan penyahidratan
Cinch Shake Mix (15 Servings)
  • Dijana oleh leucine
  • Membakar lemak dan mengekalkan otot
  • Cepat mengurangkan lemak badan
  • Minuman pengurusan berat badan yang berkesan
Alfalfa Complex (330@700 Tabs)
* Tidak digalakkan diambil bersama Vitamin E
  • Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Mengurangkan toksin
  • Merendahkan kolestrol
Carotomax (30Caps)
  • Sumber Vitamin A dari buah dan sayuran
  • Menggalakkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung
  • Menghalang kanser dan penuaan
OsteMatrix (120 Tabs)
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menolong pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
Herb-Lax (120 Tabs)
  • Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan


Collagen Powder (15 Sachets)
  • Meningkatkan kelembapan, keanjalan dan memberi keserian kepada keseluruhan wajah dan badan
  • Mengurangkan garis halus dan pigmentasi, kesan pengambilan nampak ketara selepas pengambilan selama 8 minggu
  • Meningkatkan ketebalan  rambut
Peppermint Ginger Plus (90Tabs)
  • Memberikan kesan kelegaan pada perut
  • Menolong dalam proses penghadaman
  • Melegakan sakit perut
Garlic Complex (60Tabs)
  • Meningkatkan imunisasi / pertahanan badan
  • Anti bakteria dan anti viral
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol

Zinc Complex (120 Tabs)
  • Menghalan keguguran rambut
  • Meningkatkan imunisasi / pertahanan badan 
  • Menolong penyembuhan dan masalah jeragat
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Kesihatan prostat
Vitamin E Complex with Grapeseed Extract (120 Caps)
*Tidak digalakkan diambil bersama alfalfa
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit 
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • Anti oksidan, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Wednesday 22 January 2014

Buasir Oh Buasir

~Assalamualaikum~

Dah lama tak berblog...Agak sibuk sikit....
So apa yang ingin fiza kongsikan di sini adalah berkenaan penyakit yang mengerikan...Walaupun penyakit ini tak nampak di mata dengan kata lainnya diri sendiri je yang tau...Tapi Awas...Jangan la dibiarkan tanpa apa-apa tindakan...Takut membinasakan diri..(Ayat yang seram...). Ramai Customer fiza tanya ada tak cara untuk merawat buasir?Ada...Insha Allah kita sama-sama kongsikan yer...

Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :



Buasir Luar. 
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanya menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  korang bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak menggunakan jari,memang sakitlah sikit.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam ni.

~Antara Penyebab Buasir~
  1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
  2. Cirit birit kronik. Selalu keluar masuk tandas.
  3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah:

Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.

Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  3. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  4. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  5. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Apa yang fiza boleh kongsikan dan cadangkan di sini adalah Set Cadangan Buasir Shaklee
Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT dah ramai yang ambik Set Buasir Shaklee hasilnya amat memuaskan yang penting kena displin diri...Di sini fiza sertakan antara testimoni pesakit buasir yang dah amalkan set buasir shaklee..






Harga Macam mana?
Satu Set Cadangan Buasir di atas adalah RM244.60 (Tak termasuk penghantaran)
Tapi jika anda sms atau whatsapp fiza 0142107466 ada harga istimewa untuk anda....

Apa tunggu lagi cepat-cepat cari alternatif untuk mengatasi dan merawat masalah kesihatan anda...
Jangan sebab malu anda menderita sakit...