Thursday 26 September 2013

Mengapa badan kita perlukan supplemen???

Assalamualaikum….


Ok Harini Fiza Nak citer Mengapa badan kita perlukan supplemen??? Kenapa dulu tak perlu supplemen tetapi badan sihat jer….Ini Jawapan kepada soalan tersebut:

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaan.

Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Jika mahu sihat sepenuhnya kita perlulah mencegah sebelum penyakit datang menyerang....



No comments:

Post a Comment