Thursday 28 August 2014

Bagaimana Nak Bayar Hutang

Kalau secara kasar semua dah tahu cara nak bayar hutang ialah bila ada duit. Secara halus pula, tanpa disedari hutang dah habis dibayar tanpa disangka-sangka atau tanpa disedari. Seperti yang saya cakap tadi, bergantung pada nasib orang.

Sebagai contoh anda berhutang dengan seseorang sebanyak RM100,000. Tiba-tiba orang itu jumpa anda dan berkata, “Aku halalkan lah hutang aku tu.”  Seperti yang saya cakapkan tadi…ikut nasib-nasib lah kalau dapat pemiutang begitu.
Itu hutang dengan individu. Hutang dengan Bank pula kalau tak dibayar interest berganda lagi. Sebab itu ada AKPK. Bila daftar dengan AKPK mereka akan buat plan pembayaran semula buat anda. Sebagai contoh jika hutang selama ini tak dibayar dan interest berjalan, AKPK akan beri arahan untuk hentikan interest.

Ramai yang berfikir kalau ada hutang kena buat hutang lagi untuk menutup hutang lama. Cara begini tak ada kesudahannya. Jadi buat plan untuk tambah pendapatan daripada sibuk untuk buat pinjaman baru.

Mesti tertanya-tanya nak buat apa untuk tambah pendapatan. Itu maknanya tidak tahu. Bila tak tahu maknanya tak ada ilmu. Bila tak ada ilmu kena belajar untuk dapatkan ilmu. Keluar modal untuk ilmu adalah langkah permulaan untuk berjaya tambah pendapatan.

Kalau tak, lebih baik lahir sahaja umur 7 tahun terus bekerja tak perlu pergi sekolah. Sebab itu pertanyaan bagaimana nak tambah pendapatan untuk bayar hutang kena pergi sekolah dulu (belajar). Sebab itu sekarang banyak program pembangunan diri dan keusahawanan yang dianjurkan kerajaan, MARA, belia…tinggal pergi sahaja dan ikut.

Saya sebelum ini juga hadapi masalah yang sama, mencari peluang. Asal dengar apa je program latihan dan keusahawanan saya pergi. Tak semestinya kita perlu buat apa yang kita belajar. Contohnya kita pergi kursus masak-masak tak semestinya kita wajib buka gerai atau kedai makan.

Pergi kursus atau menuntut ilmu untuk kembangkan pengetahuan dan skill kita. Sebab kita berubah dengan 3 perkara…buku yang kita baca, orang yang kita bergaul dengan seminar atau kursus yang kita pergi.

Jadi, jika sekarang kita ada hutang, apa yang kita boleh buat walaupun hutangnya sangat banyak.

Saya ingin kongsikan pengalaman orang yang saya kenali bagaimana proses pemulihan berlaku. Insiden ini sebagai idea untuk kita tak lekas gelabah dan tak menggangu orang lain supaya meminjam duit untuk bayar hutang kita. Ini cara nak lepas diri saja.

Al kisah, kenalan saya ini disebabkan kena tipu sampai berjuta, terpaksa melarikan diri keluar daerah. Dia mempunyai syarikat yang diseleweng oleh orang yang mempunyai niat untuk menjatuhkan syarikatnya. Pihak Bank dan Pihak pinjaman lain mencari dia.

Kesalahan yang dibuat oleh orang lain dia terpaksa ditanggung. Apa yang dia terpaksa buat, ialah berpindah ke negeri lain. Masa di tempat baru, ibarat semua kekuatan dah hilang. Kawan semua tak ada yang datang menolong.

Sepanjang masa apa yang dia buat, pagi-pagi pergi  jogging, baca surat khabar. Itu sahaja yang dia boleh buat. Tak nampak jalan dan buntu. Suatu hari tu dia ternampak iklan tentang kursus ilmu metafizik. Semua yang point dinyatakan dalam iklan kena pada diri dia. (Bukan tengok iklan saya ye…dan peritiwa ini pun berlaku lebih 5 tahun dulu.)

Dengan tak ada bajet, dia tanya pendapat anaknya untuk pergi ke kursus tersebut. Anaknya bayarkan yuran kursus itu sebab anaknya faham, ayahnya perlukan kekuatan dalaman semula untuk bangkit dari kejatuhan.

Bukan sekelip mata kejayaan yang dicapai setelah datang kursus tu tetapi permulaannya yang positif. Dia sudah mula mempunyai keyakinan diri dan dah mula buat kerja untuk bangkit semula.

Selang beberapa tahun, baru dia mendapat peluang yang lebih banyak dari sebelum ini. Rezeki pun berlimpah ruah. Hutangnya dahulu dibayar secara ansur-ansur.  Begitulah perjalanan seorang businessman. Ada seorang lagi bisnesman yang saya kenal sehingga 4 kali diisyhtiharkan muflis. Sekarang asetnya sahaja dah berjuta.

Kesimpulannya, untuk menghadapi hutang, jawapannya ada dalam diri sendiri. Tak ada orang lain yang boleh bayar hutang kita dan ilmu untuk bangkit semula sangat penting. Disaat kita susah yang boleh membantu hanya keluarga kita. Kawan-kawan sekadar menemani kita sahaja.


Rujuklah AKPK untuk menasihat anda menyelesaikan semua hutang anda. Sebab saya juga menjalani proses yang sama dan saya juga dalam proses membayar hutang. Bak kata Azizi Ali, dia hutang RM60 juta…


Sama-sama kita pikirkan untuk membayar hutang...Jangan gali lagi lubang untuk berhutang...Apa kata kita pikir cara nak tambah pendapatan...Selalu berdoa agar ada jalan hapuskan hutang lama...

Sekian, terima kasih....

No comments:

Post a Comment