Untuk Nasi
Beras wangi – 1 kilo
Bawang Merah – 5/6 biji
Halia- ½ inci
Halba – 1 satu kecil
Santan – ½ kilo
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
Rendam beras dalam air selama 1 malam
Kukus beras selama 45minit
Selepas 45 minit akat beras gaulkan dengan air
Kukus beras sekali lagi selama 45minit
Masukkan garam dan gula ke dalam santan kacau hingga sebati
Selepas 45 minit
gaulkan dengan santan + bawang merah (dihiris halus) +halia (dihiris
halus) + halba.
Acar Timun
Timun – 1 batang
Lobak – 1 batang
Sedikit cuka (anggaran)
Gula dan Garam secukup rasa
Cara-caranya
Potong timun dengan lobak (secara memanjang)
Masukkan cuka + gula +garam secukup rasa…Gaulkan hingga
sebati….
Untuk Kuah
Ikan Aya (Ikan Tongkol) – 1 kilo
Santan – ½ kilo
Lada Mesin/Lada giling – 2 sudu besar
Nisang besar (gula melaka) – suku cerek
Asam keping – 2 keping
Garam secukup rasa.
Cara-caranya
Ikan Aya(Ikan Tongkol) dikukus bersama dengan garam dan asam
keping
Tumis Lada mesin/lada giling dengan rempah nasi dagang
segera sehingga naik baunya.
Letak santan + Nisang besar(gula Melaka) dan garam secukup
rasa..
Akhir sekali masukkan Ikan Aya (Ikan Tongkol) yang dikukus
tadi.
Dah siap…
Rempah basah kuah Nasi Dagang 1bungkus RM5
~Ha.....!!! anda
berminat dgn rempah ini, tak payah susah2 pening kepala siang bawang merah,
bawang putih semua dah 'ready'...Harga pun murah gile...!! rm5 untuk 1bungkus.... dan 1 bungkus dah boleh masak kuah untuk sekilo nasi dagang~
No comments:
Post a Comment