Thursday 14 January 2016

Qada Solat

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2.

Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah s.w.t. suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah aqal baligh dulu.
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, memang Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada' solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah s.w.t.

Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada' solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada' solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada' solat yang ditinggalkan walaupun Baginda s.a.w. tidak tertidur atau terlupa.

Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t.


kredit: nasbunnuraini

Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?

Jawapan :

Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh (bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor. Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”

Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

 "Maka hutang Allah lebih utama perlu dibayar" (Hadis riwayat muslim)

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat"
- Hadith riwayat Muslim -

Thursday 16 October 2014

Krim "PANAS" a.k.a Herbalblend Multi-Purpose Cream

Assalamualaikum.

Saya ingin mengambil masa anda untuk bercerita tentang kebaikan krim Herbalblend Shaklee ni.
Kenapa saya katakan krim "panas", bukan sebab krim ini panas apabila dipakai tetapi krim ini selalu kehabisan stok di pasaran. Kenapa mereka-mereka di luar sana berebut-rebut untuk dapatkan krim Herbalblend ini yer.? Jom sama-sama kita ungkai misteri Herbalblend ini.

Herbal Blend Multipurpose cream Shaklee ialah krim yang menenangkan. Ianya telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Memang SEMULAJADI. Herbal blend ni sangat sesuai utk semua lapisan masyarakat dari pelbagai perigkat UMUR. Dari BABY sampailah ke MAK AYAH BABY..Krim mesra pengguna satu keluarga boleh ambil yer...

Apa Kegunaan Herbalblend
Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga.
Ramai customer saya bagi feedback POSITIF tentang penggunaan herbal blend ni ke atas anak-anak ECZEMA. Sangat-sangat membantu! Yang kena gigitan serangga pon boleh guna. Jangan risau, ianya selamat dan berkesan, inshaa ALLAH :)

Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah kepada rami orang kan? Muda-muda tumit dah merekah. Boleh cuba herbal blend. Mesti korang akan puas hati dan jatuh cinta gila-gila dengan herbal blend ni.

Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh.

Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.

Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Ibu-ibu kena pastikan ada satu tiub herbal blend ni sentiasa utk kegunaan anak-anak anda. Memang sangat MULTIPURPOSE dan BEST

Losyen harian
Boleh juga digunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa, takkan menganggu kerja seharian anda.

dan satu lagi kegunaan Herbalblend yang patut anda tahu..Dapatkan mengurangkan suhu badan anak anda akibat demam :. Saya dah cuba dengan menyapu Herbalblend ke seluruh tubuh anak saya semasa suhu badan panas akibat demam Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT demam mula kebah dan berpeluh tak lama lepas tu anak saya aktif seperti biasa.
Kegunaan lain Herbalblend
# Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
# Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
# Memecahkan lemak / pembuangan angina dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.

Ok untuk lagi menyakinkan anda saya sertakan testimoni-testimoni mereka yang pernah menggunakan Herbalblend.

1)
2)
3)
4)
5)

Dengan harga yang sangat murah memang menjadi kemestian Herbal Blend Cream ini perlu ada di rumah anda...
Jom dapatkannya daripada saya.

@@Fiza 014-2107466
Dapatkan segera sebelum kehabisan stok lagi....

Sekian terima kasih....

Sunday 14 September 2014

Menyesalnya Jadi Ahli Shaklee!!!

Semenjak jadi saya jadi Shaklee Independent Distributor (SID), dah 2 atau 3 orang SID Shaklee yang menyesal menjadi ahli shaklee.....Tahu kenapa?Mari saya terangkan di sini :

Daftar Ahli Shaklee dengan ahli keluarga atau kawan terdekat 

Ini biasa terjadi kerana cara ini paling senang untuk penaja mendekati ahli baru dari kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Atas dasar ingin menyokong saudara mara dan kawan yang rapat ini membuatkan mereka mendaftar menjadi ahli shaklee dengan  orang terdekat.

Tetapi hal yang demikian tidak menyalahi etika dan undang-undang Shaklee dengan syarat penaja tersebut mesti tahu bagaimana cara hendak menjalankan perniagaan Shaklee. Ini risiko yang perlu diambil oleh mana-mana ahli baru yang mendaftar dengan shaklee, iaitu perlu memilih penaja yang betul.

Pengedar shaklee memang macam cendawan tumbuh kini. Kehebatan produk terus menjadi sebutan dan buah mulut di mana-mana. Pengedar boleh dihubungi di mana-mana seperti di FB, Blog, kawan sepejabat dan sebagainya.

Cuma melalui pemerhatian saya, ramai pada peringkat awal cuma memikirkan sesiapa saja boleh menjadi penaja (mak shaklee) mereka asal mereka boleh beli produk dan jadi ahli. Agak malanglah kalau sudah ‘terjadi’ ahli shaklee dibawah penaja tak berwibawa kerana keahlian shaklee adalah seumur hidup


Daftar Ahli Shaklee Dengan Penaja Yang Berwibawa

1) Ketahui Hak Anda Sebagai Anak Shaklee

Sebelum menjadi ahli, kenali atau ambil tau siapa bakal penaja kita kerana mak shaklee kita ada manfaat dari anak shakleenya.

Antara Peranan dan Tanggung-jawab penaja ialah:

Berkemampuan membimbing tentang produk 

Ramai mengadu  mak shaklee mereka tak beri khidmat konsultasi produk yang meyakinkan sehingga mereka tak yakin untuk makan produk. Ada yang kata bila ditanya macamana nak minum protin, dia jawab ikut suka dan lebih mencabar apabila berlaku healing crisis, ada yang terus matikan hp atau tak menjawab panggilan lagi, disini letaknya pengetahuan sebenar. Seorang SID berwibawa tentang produk, kerana pemahaman produk membentuk disiplin terhadap amalan pemakanan suplimen.

2) Pengetahuan tentang Bisnes Plan Shaklee

Tujuan Dr Forest C. Shaklee tidak meletakkan rangkaian produk shaklee di kedai-kedai farmasi, ialah supaya pengguna-penguna shaklee yang mendapat manfaat dari perniagaan shaklee, bukan tokeh-tokeh farmasi. Caranya ialah kita makan shaklee, rasa bagus dan beritahu keluarga dan kawan-kawan baik kita, begitu lah seterusnya. Ibarat dari satu anak benih, jadi pokok, berbuah dan tumbuh pokok lain, begitulah seterusnya lagi dan lagi sehingga menjadi dusun seterusnya berkembang menjadi ‘forest ‘ buah-buahan. Mak shaklee anda bertanggung-jawab membimbing anak-anak shaklee yang berminat dengan perniagaan shaklee cara yang terbaik. Bagaimana pengiraan bonus, kelayakan program kereta, kelayakan melancong dan segala peluang-peluang yang shaklee sediakan.
3. Fleksibiliti Masa

Adakah mak shaklee nanti mampu dihubungi pada jangkamasa panjang atau amat terhad, mempunyai waktu yang fleksibal untuk keperluan online dan offline.

Bagaimana Untuk Daftar ahli Shaklee :
  • Mesti ada Penaja, seorang yang telah berdaftar sebagai pengedar Shaklee (SID).
  • Rm65.00 yuran ahli seumur hidup tambah RM10.00 untuk postage beg ahli.Jika daftar di mana-mana cawangan shaklee, hanya rm65.00, kit ambik sendiri.
  • Keahlian Percuma seumur hidup sekiranya terus membuat belian sebanyak 200 uv bersamaan lebih kurang rm680.00. Belian melebihi 150 uv juga telah melayakkan bonus pertama dalam shaklee.

Kelebihan Daftar Ahli Shaklee, Antaranya:
  • Kelayakan membeli pada harga ahli  seumur hidup.
  • Peluang menjana pendapatan lumayan dalam shaklee.
  • Peluang mendapat bonus kereta.
  • Peluang melancong mewah untuk dalam negara, umrah dan antarabangsa.


  • Peluang memiliki perniagaan sendiri tetapi ada bantuan upline kerana konsep win-win dalam     Network Marketing bisness.

Daftar Ahli Shaklee,

Kesimpulan
Saya amat mengalu-ngalukan sesiapa yang ingin berdaftar sebagai ahli shaklee dengan saya dan akan cuba memberikan coaching yang terbaik sesuai dengan pengalaman shaklee saya....

Pengedar Shaklee dibawah saya juga akan didedahkan dengan people’s skills seperti skil kepimpinan, komunikasi, rapport dsb kerana shaklee merupakan “people’s business”

Berurusan dengan manusia adalah paling mencabar, emosi mereka kena diurus cara terbaik…hasilnya juga pasti terbaik.

Dan di bawah antara bakal leader-leader saya yang akan menyerlah...Anda boleh menghubungi mereka juga jika mereka berhampiran dengan tempat anda....
Perkhidmatan terbaik dari kami untuk anda....
Sekian, terima kasih.....






Thursday 28 August 2014

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.


Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:

Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
  
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Kredit:
1.  http://www.alhikmahsj.com
2.  http://nursyirah.wordpress.com
3.   http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakannya.html

Bagaimana Nak Bayar Hutang

Kalau secara kasar semua dah tahu cara nak bayar hutang ialah bila ada duit. Secara halus pula, tanpa disedari hutang dah habis dibayar tanpa disangka-sangka atau tanpa disedari. Seperti yang saya cakap tadi, bergantung pada nasib orang.

Sebagai contoh anda berhutang dengan seseorang sebanyak RM100,000. Tiba-tiba orang itu jumpa anda dan berkata, “Aku halalkan lah hutang aku tu.”  Seperti yang saya cakapkan tadi…ikut nasib-nasib lah kalau dapat pemiutang begitu.
Itu hutang dengan individu. Hutang dengan Bank pula kalau tak dibayar interest berganda lagi. Sebab itu ada AKPK. Bila daftar dengan AKPK mereka akan buat plan pembayaran semula buat anda. Sebagai contoh jika hutang selama ini tak dibayar dan interest berjalan, AKPK akan beri arahan untuk hentikan interest.

Ramai yang berfikir kalau ada hutang kena buat hutang lagi untuk menutup hutang lama. Cara begini tak ada kesudahannya. Jadi buat plan untuk tambah pendapatan daripada sibuk untuk buat pinjaman baru.

Mesti tertanya-tanya nak buat apa untuk tambah pendapatan. Itu maknanya tidak tahu. Bila tak tahu maknanya tak ada ilmu. Bila tak ada ilmu kena belajar untuk dapatkan ilmu. Keluar modal untuk ilmu adalah langkah permulaan untuk berjaya tambah pendapatan.

Kalau tak, lebih baik lahir sahaja umur 7 tahun terus bekerja tak perlu pergi sekolah. Sebab itu pertanyaan bagaimana nak tambah pendapatan untuk bayar hutang kena pergi sekolah dulu (belajar). Sebab itu sekarang banyak program pembangunan diri dan keusahawanan yang dianjurkan kerajaan, MARA, belia…tinggal pergi sahaja dan ikut.

Saya sebelum ini juga hadapi masalah yang sama, mencari peluang. Asal dengar apa je program latihan dan keusahawanan saya pergi. Tak semestinya kita perlu buat apa yang kita belajar. Contohnya kita pergi kursus masak-masak tak semestinya kita wajib buka gerai atau kedai makan.

Pergi kursus atau menuntut ilmu untuk kembangkan pengetahuan dan skill kita. Sebab kita berubah dengan 3 perkara…buku yang kita baca, orang yang kita bergaul dengan seminar atau kursus yang kita pergi.

Jadi, jika sekarang kita ada hutang, apa yang kita boleh buat walaupun hutangnya sangat banyak.

Saya ingin kongsikan pengalaman orang yang saya kenali bagaimana proses pemulihan berlaku. Insiden ini sebagai idea untuk kita tak lekas gelabah dan tak menggangu orang lain supaya meminjam duit untuk bayar hutang kita. Ini cara nak lepas diri saja.

Al kisah, kenalan saya ini disebabkan kena tipu sampai berjuta, terpaksa melarikan diri keluar daerah. Dia mempunyai syarikat yang diseleweng oleh orang yang mempunyai niat untuk menjatuhkan syarikatnya. Pihak Bank dan Pihak pinjaman lain mencari dia.

Kesalahan yang dibuat oleh orang lain dia terpaksa ditanggung. Apa yang dia terpaksa buat, ialah berpindah ke negeri lain. Masa di tempat baru, ibarat semua kekuatan dah hilang. Kawan semua tak ada yang datang menolong.

Sepanjang masa apa yang dia buat, pagi-pagi pergi  jogging, baca surat khabar. Itu sahaja yang dia boleh buat. Tak nampak jalan dan buntu. Suatu hari tu dia ternampak iklan tentang kursus ilmu metafizik. Semua yang point dinyatakan dalam iklan kena pada diri dia. (Bukan tengok iklan saya ye…dan peritiwa ini pun berlaku lebih 5 tahun dulu.)

Dengan tak ada bajet, dia tanya pendapat anaknya untuk pergi ke kursus tersebut. Anaknya bayarkan yuran kursus itu sebab anaknya faham, ayahnya perlukan kekuatan dalaman semula untuk bangkit dari kejatuhan.

Bukan sekelip mata kejayaan yang dicapai setelah datang kursus tu tetapi permulaannya yang positif. Dia sudah mula mempunyai keyakinan diri dan dah mula buat kerja untuk bangkit semula.

Selang beberapa tahun, baru dia mendapat peluang yang lebih banyak dari sebelum ini. Rezeki pun berlimpah ruah. Hutangnya dahulu dibayar secara ansur-ansur.  Begitulah perjalanan seorang businessman. Ada seorang lagi bisnesman yang saya kenal sehingga 4 kali diisyhtiharkan muflis. Sekarang asetnya sahaja dah berjuta.

Kesimpulannya, untuk menghadapi hutang, jawapannya ada dalam diri sendiri. Tak ada orang lain yang boleh bayar hutang kita dan ilmu untuk bangkit semula sangat penting. Disaat kita susah yang boleh membantu hanya keluarga kita. Kawan-kawan sekadar menemani kita sahaja.


Rujuklah AKPK untuk menasihat anda menyelesaikan semua hutang anda. Sebab saya juga menjalani proses yang sama dan saya juga dalam proses membayar hutang. Bak kata Azizi Ali, dia hutang RM60 juta…


Sama-sama kita pikirkan untuk membayar hutang...Jangan gali lagi lubang untuk berhutang...Apa kata kita pikir cara nak tambah pendapatan...Selalu berdoa agar ada jalan hapuskan hutang lama...

Sekian, terima kasih....

Tuesday 26 August 2014

OsteMatrix

Assalamualaikum...

Sudah lama tak mencoret di blog yang agak berdebu....kemas blog jap...lepas tu mesti lepas mengemas lenguh sana sini....sakit sana sini...Kebetulan la harini nak coret pasal OSTEMATRIX Shaklee...Dah lama ambik OSTEMATRIX...hanya ambik 2 kapsul je sebelum tidur dan esok pagi comfirm segar bugar bangun tidur...kalau rasa macam badan tak berapa nak sedap ambik 4 kapsul...Sangat bagus ambik OSTEMATRIX jika anda tidak suka ambik susu macam saya....

Ramai yang tak tahu OSTEMATRIX bukan sekadar boleh hilangkan lenguh-lenguh tapi lebih dari itu..Jom berkenalan dengan OSTEMATRIX....

Ostematrix Shaklee
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,jantung ,hati , dan ginjal serta membolehkan kita menggerakan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima menyeluruh.

Lebih dari sekadar kalsium

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink,tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah di telan.

Tiada perasa tiruan, pemanis,pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 sumber: shaklee malaysia

Kelebihan Ostematrix Shaklee
1) Meringankan stress
2) Atasi masalah sembelit
3) Memberikan tenaga & mudah bangun dari tidur
4) Membantu kita segar
5) Mengelakkan kemurungan
6) Mengatasi masalah "water retention "
7) Mengatasi masalah pra-haid
8) Mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
9) Menghalang osteoporosis
10) Mudah di telan, jika anda mengalami masalah untuk minum susu dapatkan ostematrix kerana ia tidak berbau & tidak mempunyai rasa..
11) Memastikan tulang padat bagi mengampu tubuh yang berat ( jika ada masalah berat badan berlebihan )

Siapa yang perlukan OSTEMATRIX SHAKLEE

>> Bagi yang susah bangun tidur di waktu pagi
>> Bagi ibu yang pantang yang mengalami masalah sembelit
>> individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut & sendi
>> individu yang sering mengalami kebas kaki/ tangan
>> individu yang sering keletihan

Anda patut ambik Ostematrix jika anda ada tanda-tanda kekurangan kalsium seperti di bawah :
......Kerap sakit gigi........
......Gusi berdarah..........
......Kejang Otot............
......Rambut kasar.........
......Tumit pecah dan kasar.......
......Kuku rapuh...........
......Kebas kaki dan tangan......
......Kulit Kering......


Testimoni Ostematrix :
dia mengalami sakit pinggang yang agak teruk selepas proses bersalin hingga ada kalanya tak mampu berdiri tapi..Alhamdulillah dia mengambil Ostematrix shaklee ini perubahannya...

Pengambilan Ostematrix ketika hamil
Anda mahu....Mudah je....boleh hubungi saya selaku SID SHAKLEE anda...
Rungsing harga mahal??tak perlu rungsing-rungsing 
hanya RM64.66 (tak termasuk penghantaran) - 120 Caplets..
FizaNurhana
956636
0142107466
FB: https://www.facebook.com/fiza.nurhana

Thursday 10 July 2014

Kenali Penyakit dan Tanda-Tandanya

Tekanan Darah Tinggi
  • Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
  • Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
  • Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu.
  • Sukar tidur malam.Mata merah sebam.
  • Sering sakit kepala. Leher rasa tegang.
  • Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
  • Sakit kepala (berlaku selama 2 – 10 hari).
  • Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
  • Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Tidur secukupnya . Makan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan sebagainya. Kurangkan berat badan dan banyakan senaman.

Tekanan Darah Rendah
  • Kaki dan tangan sejuk.
  • Pening bila bangun cepat.
  • Cepat letih.
  • Muka pucat.
  • Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
  • Tegang leher bawah.
  • Kepala pening memusing.
  • Minum air secukupnya. Makan makanan berkhasiat dan bergaram. Jangan bekerja keras.
  • Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir
  • Berak berdarah.
  • Dubur berasa sakit di bahagian luar atau dalam.
  • Dubur terasa gatal-gatal.
  • Minum jus aleo vera. Kurangkan makanan pedas dan berasid.
  • Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan berserat tinggi (gentian). elakkan mengalami sembelit.Jangan mengangkat barang-barang yang berat. Tidak meneran ketika membuang air besar.

Kencing Manis
  • Kerap buang air kecil.
  • Sering rasa dahaga.
  • Badan berasa lemah.
  • Mudah letih.
  • Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
  • Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
  • Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
  • Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.
  • Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Makan dalam jumlah yang sedikit. Banyakan senaman ringan. 

Sakit Puan
  • Keluar cairan putih (penyakit keputihan)
  • Haid tidak normal dan berasa sakit.
  • Cairan putih keluar semakin banyak.
  • Haid tidak stabil.
  • Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml).
  • Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas.
  • Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
  • Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
  • Luka lama di sendi berasa sakit.
  • Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
  • Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.
  • Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.
  • Reumatisme
  • Berasa sakit sebelum hujan.
  • Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
  • Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .
  • Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung
  • Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
  • Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
  • Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
  • Sesak nafas
  • Rasa sakit di dada
  • Kebas di lengan atas tangan kiri.
  • Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak.
  • Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal.
  • Dapatkan nasihat doktor

Lumpuh
  • Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
  • Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
  • Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan
  • Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
  • Sakit dan pening kepala.
  • Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,
  • Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan “stroke”

Ulser Gaster
  • Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut.
  • Tekak rasa pahit ketika sendawa.
  • Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
  • Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.
  • Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
  • Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
  • Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah
  • Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
  • Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
  • Ketumbuhan (tumor) yang keras.
  • Keluar darah dan nanah.
  • Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.
  • Makan banyak sayur-sayuran.
  • Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
  • Kurangkan memakan daging merah.

Asma, Penat / Lelah
  • Pernafasan tidak lancar.
  • Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
  • Batuk terutamanya waktu pagi
  • Bertambah tenat selama 2 – 3 hari.
  • Kadangkala muntah. Keluar kahak.
  • Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk.
  • Jangan kerja keras.

Batu Karang
  • Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
  • Bertambah sakit. Air kencing berkapur.
  • Kencing berdarah.
  • Jangan Menahan kencing.
  • Kurangkan makanan berkalsium.

Jerawat
  • Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
  • Biji-biji di muka mengandungi nanah
  • Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
  • Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)
  • Seluruh badan terasa letih. 
  • Muka pucat sebam.
  • Kaki dan tangan bengkak. 
  • akit tapak kaki pada waktu pagi.
  • Telinga berdengung. 
  • Kadang-kadang rambut gugur.
  • Susah buang air kecil. 
  • Kerap buang air kecil.
  • Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.
  • Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
  • Kurangkan makanan masin.
  • Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
  • Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Badan Berasid Tinggi
  • Badan sentiasa berasa panas
  • Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
  • Mudah letih dan kurang bersemangat
  • Selalu berasa mengantuk.
  • Badan menjadi panas.
  • Rasa dahaga.
  • Air kencing berwarna perang.
  • Kerap kentut.

Resdung
  • Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
  • Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
  • Kurang deria bau (hidu)
  • Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
  • Hidung cukup sensitif / alahan.
  • Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan.Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.

Selsema
  • Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamin C
  • Sembelit
  • Pembuangan air besar yang jarang-jarang
  • Najis kering dan keras. Kerap kentut . Rasa sakit bila membuang air besar.
  • Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Gastrik
  • Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut.
  • Tekak rasa masam ketika sendawa
  • Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit
  • Makan pada waktunya. Jangan berlapar.

Gout
  • Sakit berdenyut pada sendi
  • Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas
  • Sendi menjadi sakit dan terasa panas.
  • Kurangkan pengambilan makanan laut.
Apa jua penyakit yang kita hadapi Insha Allah ada penawarnya...Kita perlu sentiasa usaha mencegahnya dan tawakal kepada Allah SWT....Sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.


Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).