Wednesday, 29 January 2014

Katalog Produk Shaklee

VIVIX (150ml)
  • Anti penuaan selular
  • Menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun dan sendi
  • Meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap selular
ESP ~ Soy Protein Isolate powder (850gm)
  • Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
Vita-Lea (120 Tabs)
*tidak digalakkan diambil bersama dengan susu & produk tenusu
  • Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
  • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • Menyokong sistem pembiakan
  • Pertumbuhan dan penggantian sel
B Complex (120 Tabs)
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Menukarkan makanan menjadi tenaga
  • Mengurangkan simptom kemurungan & tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak
Sustained Released Vita C Plus (180 Tabs)
  • Anti-oksidan semulajadi
  • Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
  • Menolong mengurangkan simptom alergi

DTX Complex (90 Caps)
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanikal melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
Nutriferon (30 x 1.2g)
  • Mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun
  • Melindungi dari jangkitan selsema, viral, bakteria dan kanser
Meal Shake (544g)
  • Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak
Performance Drink (539gm)
  • Menyediakan tenaga seger bagi tubuh
  • Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elekrolit bagi mengelakkan penyahidratan
Cinch Shake Mix (15 Servings)
  • Dijana oleh leucine
  • Membakar lemak dan mengekalkan otot
  • Cepat mengurangkan lemak badan
  • Minuman pengurusan berat badan yang berkesan
Alfalfa Complex (330@700 Tabs)
* Tidak digalakkan diambil bersama Vitamin E
  • Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Mengurangkan toksin
  • Merendahkan kolestrol
Carotomax (30Caps)
  • Sumber Vitamin A dari buah dan sayuran
  • Menggalakkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung
  • Menghalang kanser dan penuaan
OsteMatrix (120 Tabs)
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menolong pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
Herb-Lax (120 Tabs)
  • Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan


Collagen Powder (15 Sachets)
  • Meningkatkan kelembapan, keanjalan dan memberi keserian kepada keseluruhan wajah dan badan
  • Mengurangkan garis halus dan pigmentasi, kesan pengambilan nampak ketara selepas pengambilan selama 8 minggu
  • Meningkatkan ketebalan  rambut
Peppermint Ginger Plus (90Tabs)
  • Memberikan kesan kelegaan pada perut
  • Menolong dalam proses penghadaman
  • Melegakan sakit perut
Garlic Complex (60Tabs)
  • Meningkatkan imunisasi / pertahanan badan
  • Anti bakteria dan anti viral
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol

Zinc Complex (120 Tabs)
  • Menghalan keguguran rambut
  • Meningkatkan imunisasi / pertahanan badan 
  • Menolong penyembuhan dan masalah jeragat
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Kesihatan prostat
Vitamin E Complex with Grapeseed Extract (120 Caps)
*Tidak digalakkan diambil bersama alfalfa
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit 
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • Anti oksidan, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Wednesday, 22 January 2014

Buasir Oh Buasir

~Assalamualaikum~

Dah lama tak berblog...Agak sibuk sikit....
So apa yang ingin fiza kongsikan di sini adalah berkenaan penyakit yang mengerikan...Walaupun penyakit ini tak nampak di mata dengan kata lainnya diri sendiri je yang tau...Tapi Awas...Jangan la dibiarkan tanpa apa-apa tindakan...Takut membinasakan diri..(Ayat yang seram...). Ramai Customer fiza tanya ada tak cara untuk merawat buasir?Ada...Insha Allah kita sama-sama kongsikan yer...

Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :



Buasir Luar. 
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam. 
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanya menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  korang bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak menggunakan jari,memang sakitlah sikit.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam ni.

~Antara Penyebab Buasir~
  1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
  2. Cirit birit kronik. Selalu keluar masuk tandas.
  3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah:

Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.

Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  3. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  4. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  5. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Apa yang fiza boleh kongsikan dan cadangkan di sini adalah Set Cadangan Buasir Shaklee
Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT dah ramai yang ambik Set Buasir Shaklee hasilnya amat memuaskan yang penting kena displin diri...Di sini fiza sertakan antara testimoni pesakit buasir yang dah amalkan set buasir shaklee..






Harga Macam mana?
Satu Set Cadangan Buasir di atas adalah RM244.60 (Tak termasuk penghantaran)
Tapi jika anda sms atau whatsapp fiza 0142107466 ada harga istimewa untuk anda....

Apa tunggu lagi cepat-cepat cari alternatif untuk mengatasi dan merawat masalah kesihatan anda...
Jangan sebab malu anda menderita sakit...






Friday, 8 November 2013

Shaklee dan Kesihatan Anda


Di bawah ini disenaraikan pelbagai VITAMIN SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi FIZA 0133607466 untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging
Vivix, Collagen Powder

Anti-Oxidants
CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema
Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Nutriferon

Breastfeeding Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Children's Health
Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard, Ostematrix

Diabetes Set
GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Zinc, VIVIX

Gout Set
PD, Omega Guard, Alfalfa, Herblax

Immune Booster
NutriFeron

Men's Health
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Preggy Mommies
Vitalea, B Comples, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care
B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Collagen Powder

Students' (12 years ++)
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Mealshake
 
Weight Management
Herblax, Omega Guard/Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets
Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron, Collagen Powder

VIVIX

Penyakit 3 Serangkai dan Shaklee

Asslammualaikum,entry kali ini adalah berkenaan Penyakit 3 Serangkai, anda pernah dengar tentang Penyakit 3 Serangkai ini? – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? Orang Kata, kalau kita dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung.

Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.

Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh.

Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.


Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan mengambil supplement sebagai diet harian anda.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat, terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Perlukan berhenti mengambil ubat? Jangan, kerana itu dipreskripsi oleh doktor. Ambillah suplemen di atas bagi menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat diabetes tersebut.

Terdapat satu berita baik untuk pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit tiga serangkai. Shaklee mempunyai satu produk berkualiti yang telah diuji secara klinikal untuk mengurangkan risiko serangan jantung salah satunya, ia adalah sirap ajaib, Vivix.
VIVIX PRODUK TERHANGAT DIPASARAN

VIVIX  minuman campuran botanim merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani polygonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan  polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri drp. sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX FUNGSI DAN KELEBIHAN
Memperbaiki tenaga SEL. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan,semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. VIVIX membantu menguatkan sel tubuh memperbaiki DNA. Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA (akibat radikal bebas) menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. VIVIX membantu melambatkan & melindungi DNA sel tubuh kita. Amat sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser seperti kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuh kepada keadaan asal.


Meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular,imuniti & sendi. VIVIX membantu mengembalikan keremajaan anda.

VIVIX kini menjadi perhatian pengguna seluruh dunia disebabkan kebaikan kandung selain melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan hanya meminum sesudu sehari , pengguna akan merasai perbezaannya. Sesuai untuk lelaki & wanita 18 tahun keatas. Boleh dijadikan masker pada wajah dengan menyapu dimuka dan biarkan beberapa minit untuk lihat hasilnya. Ini untuk kecantikkan dan awet muda...


#Entry akan datang fiza akan ceritakan pula Vivix utk Penyakit SLE....


Thursday, 7 November 2013

Arahan Pengambilan Ubat dan Vitamin (Supplement)


Sebaik sahaja mendapat bekalan ubat, anda harus membaca maklumat yang tertulis pada labelnya. Ia seharusnya mengandungi:

Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
  • Nama anda
  • Nama ubat dan dosnya (biasanya dalam miligram atau mililiter)
  • Arahan bagaimana hendak mengambil ubat. (untuk ditelan, dikunyah, disuntik atau diletakkan dibawah lidah sebelum atau selepas makan)
  • Amaran penting. (Contohnya: elakkan memandu, mengendali jentera, perlu dihabiskan, goncang sebelum guna)
  • Cara penyimpanan ubat. (sama ada perlu disimpan di tempat gelap atau tempat sejuk dan sebagainya. Contohnya: ubat insulin perlu disimpan dalam peti sejuk, ubat GTN (Glycerin Trinitrate) perlu disimpan dalam bekas gelap, dsb. )

Bagaimana cara yang betul mengambil ubat?
Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
Ambil ubat pil anda dengan air kosong sahaja.
Penyerapan sesetengah ubat ke dalam badan kita dipengaruhi oleh minuman tertentu Contohnya: penyerapan ubat yang mengandungi zat besi akan terganggu apabila diambil bersama kopi atau teh.

  • Ambil ubat anda pada masa yang sama setiap hari atau dengan selang masa yang sama.
  • Sekiranya anda diarahkan mengambil ubat sekali sehari, ianya bermaksud setiap 24 jam (dan pada masa yang sama setiap hari). Dua kali sehari bermaksud setiap 12 jam, tiga kali sehari bermaksud setiap 8 jam dan empat kali sehari bermaksud setiap 6 jam. Cara pengambilan sebegini adalah penting terutamanya bagi ubat-ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan pil hormon. Ubat-ubat yang kita ambil akan diserap ke dalam badan kita secara perlahan-lahan.
  • Pengambilan ubat dengan betul akan memastikan badan mendapat bekalan ubat yang berterusan dan konsisten seperti mana yang ia perlukan. Habiskan ubat anda untuk tempoh yang ditetapkan.
  • Ini terutamanya untuk pengambilan ubat antibiotik. Antibiotik biasanya diberikan untuk tempoh 5 hingga 14 hari bergantung kepada jenis penyakit. Adakalanya tempoh yang lebih lama diperlukan (sekurangkurangnya 6 minggu untuk jangkitan kuman pada tulang; 6 hingga 18 bulan untuk penyakit tuberculosis (batuk kering). Mengambil antibiotik untuk tempoh yang ditetapkan akan memastikan bahawa semua kuman dapat dimusnahkan atau disingkirkan. Memberhentikan pengambilan ubat-ubat ini sebelum tempohnya akan menambahkan risiko kuman-kuman ini menjadi lebih kuat dan akan menjejaskan kesihatan anda. Sila bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah untuk mematuhi tempoh penggunaan ubat yang ditetapkan. 
  • Patuhi dos yang ditetapkan.
  • Dua kali ganda tidak semestinya bermaksud dua kali lebih baik. Sebenarnya, menambah dos ubat akan menambahkan kesan sampingannya. Ada juga ubat yang boleh membawa maut sekiranya dosnya ditambah terlalu banyak. Biasanya ubat-ubat ini mempunyai nisbah keberkesanan yang kecil. 
  • Jangan gunakan ubat yang sepatutnya diambil oleh orang lain.
  • Setiap penyakit dan pesakit adalah berbeza, walaupun mungkin mempunyai penyakit yang sama. Sebab itulah sesetengah ubat memerlukan preskripsi doktor. Ubat yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda. 
  • Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya lupa mengambil ubat?
  • Senang sahaja. Ambilnya sebaik sahaja anda ingat. Walau bagaimanapun, sekiranya masa itu dekat dengan masa untuk dos yang berikutnya, ambil dos yang berikutnya sahaja dan bukan kedua-dua dos sekali. Tanya doktor atau pegawai farmasi anda sekiranya anda tidak pasti. 
  • Kenapa sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan dan sesetengah ubat itu selepas makan?
  • "Makan ubat ini selepas makan atau dengan makanan." Ini mempunyai maksud yang sama. Sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan manakala sesetengah ubat yang lain perlu diambil selepas makan. Ada ubat yang penyerapan dan keberkesanannya akan terganggu dengan kehadiran makanan dalam perut dan ada juga yang sebaliknya. Ubat yang mempunyai arahan untuk diambil sebelum makan haruslah diambil sekurangkurangnya setengah jam sebelum makan, bukan sejurus sebelum makan. Ubat yang perlu diambil dengan makanan, haruslah diambil sebaik sahaja anda mula makan.
  • Ada ubat yang perlu dikunyah ada yang perlu ditelan dan ada pula yang perlu diletakkan dibawah lidah. Kenapa begitu?
  • Ini berkaitan dengan salut ubat berkenaan dan cara penyerapannya dalam badan kita. Sesetengah ubat mempunyai bahan aktif yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Ubat ini disalut khas dan tidak boleh dikunyah. Baca arahan pada label ubat anda dengan teliti untuk mengetahui bagaimana untuk mengambilnya. 
  • Adakah semua maklumat ini juga berkaitan dengan ubat suntikan, ubat sapu dan ubat semburan hidung?
  • Ya. Semua ubat mempunyai lembaran/risalah maklumat terperinci yang diletakkan di dalam bungkusan /kotak ubat tersebut. Baca maklumat ini dan tanya pegawai farmasi anda sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut.


Antibiotik

Setiap kali anak demam kita akan monitor suhu badan, jika anak masih aktif bermain dan masih berselera makan memang kita tak bawa ke klinik. Sekadar sapukan air ke suluruh badan anak, monitor suhu badan, bagi vitamin dan beri minum air secukupnya. Jika suhu badan tinggi dan nampak tak bermaya baru bawa ke klinik.

Dan setiap kali dibawa ke klinik mesti doktor akan beri antobiotik. Kekadang terfikir juga perlu ke sampai nak kena makan antibiotik?

Kebiasaannya bayar sesaje je antibiotik tu, balik rumah tak beri pun, doktor pun kata jantung anak okey tiada tanda-tanda kelainan, antibiotik tu diberi takut ada jangkitan lain je. Lagipun antibiotik tu bila dah start makan kena habiskan satu botol.

Kesian kat anak kena telan antibiotik, walaupun demam dah surut antibiotik kena habiskan juga. Tak nak beri tu bukan apa, takut ada kesan dari pengambilan antibiotik yang kerap cam kes kekebalan pada antibiotik (Antibiotic-resistance bacteria). Budak-budak kan mudah kena demam, ada tu hampir tiap bulan demam, tak kan setiap kali tu juga nak diberi antibiotikkan?

Kat malaysia ni kesedaran tentang bahaya pengambilan antibiotik yang kerap belum meluas lagi. Bagi kebanyakan orang antibiotik tu satu ubat yang wajib, kalau doktor tak beri antibiotik ada yang tanya kenapa tak beri.

Mungkin faktor tak ramai orang faham antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Dan mungkin ada yang terlupa demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu berpunca dari serangan virus. So bagaimana pula satu ubat yang bertujuan untuk membunuh bakteria dapat mengawal virus?

Lain la kalau demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu sampai mengundang jangkitan bakteria , baru la berguna telan antibiotik kan.

Jadi anda para ibu bapa fikir la sendiri persoalan perlu ke beri antibiotik pada anak yang demam?

Mungkin artikel dibawah ni boleh membantu korang dalam membuat keputusan pada persoalan di atas:

Antibiotik dan kegunaannya
Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak





Energizing Soy Protein (ESP)


ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajianmenunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dariproses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
APA ISTIMEWANYA : E.S.P?
Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?
Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini. Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
Mengapa?  Kenapa?  Bagaimana?  Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.
  • Apa itu energizing soy protein atau esp?
  • Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara esp dengan alfalfa?
  • Berapa harga satu canister esp?
  • Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister esp?
  • Siapa yang tidak boleh mengambil esp?
  • Apa rasa esp sebenarnya?
  • Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
  • Adakah masih perlu esp jika saya sudah ambil alfalfa?
  • Apakah kebaikan dan kelebihan lain esp ini?
  • Bagaimana saya hendak order esp ini?
Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.
Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155. (Sila hubungi FIZA untuk mendapatkan harga istimewa).
Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.
Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
  • Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
  • Sesuai untuk semua lapisan:
  • Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
  • Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
  • Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
  • Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
  • Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
  • DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.
Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.
Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.
Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.

Tahukah Anda??
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

                                    SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

  • Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
  • Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
  • Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,

Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

Testimoni ESP


Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi FIZA dan FIZA akan uruskan pesanan anda
SECEPAT MUNGKIN

Nor Hafiza Ismail
Id Shaklee :956636
0133607466