Wednesday 19 February 2014

Atasi Ruam Secara Tradisional

Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.
Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.

  • Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.
  • Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak.  Sapukan pada kulit bayi.
  • Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.
sumber :http://pama.karangkraf.com/atasi-ruam-secara-tradisional-1.251793

Tuesday 18 February 2014

Atasi Eczema dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini fiza nak kongsikan info berkaitan dengan "Eczema."
Ada ke produk shaklee yang dapat membantu dan merawat masalah "Eczema" ini.

Apa itu Eczema?












Eczema merupakan salah satu jenis keradangan pada  kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. Banyak faktor yang boleh menyebabkan eczema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya. Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress. Eczema juga merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis." "Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Selalunya eczema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. 
Kebiasaannya bagi penghidap eczema , doktor akan beri ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :

RAWATAN DALAMAN:

Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.
Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.

RAWATAN LUARAN:
Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.
Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.
Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.

Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur :

Bayi

Ibu yang menyusukan bayi yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada bayi yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Meal Shakes juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak dan berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake + ESP + Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP + Meal Shakes + Vitamin E + Herbal Blend + Omega Guard +Alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pada saya.

Tak semestinya kena ambil semua yang saya cadangkan. Pilih suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan bajet anda.

Apa sahaja pertanyaan bolehlah whatsapp atau sms saya. Saya sudi membantu anda 0142107466