Ada ke produk shaklee yang dapat membantu dan merawat masalah "Eczema" ini.
Apa itu Eczema?
Eczema merupakan salah satu jenis keradangan pada kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik,
menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. Banyak faktor yang boleh
menyebabkan eczema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada
pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh alahan pada minyak wangi, kosmetik,
getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver
dan sebagainya. Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya
matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh
stress. Eczema juga merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami
di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah
"Atopic Dermatitis." "Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan
menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian
mencetuskan simptom "oversensitivity."
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai
umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada
berlaku.
Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih
merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan
ketidakselesaan pada pesakit.
Selalunya eczema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang
lutut dan sangat gatal.
Kebiasaannya bagi penghidap eczema , doktor akan beri ubat
sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam
jangka masa yang lama adalah tidak baik.
Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan
merawat masalah ini ialah :
RAWATAN DALAMAN:
Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala
tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah
penyakit kulit seperti eczema.
Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi
yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan
meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.
Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses
pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan
penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.
Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti
yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka,
Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan
yang rendah.
RAWATAN LUARAN:
Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka
yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke
dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh
menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.
Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema.
Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema
kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.
Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan
memudarkan parut.
Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur
:
Bayi
Ibu yang menyusukan bayi yang mengalami masalah eczema boleh
ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima
oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada bayi yg ada eczema
untuk kurangkn rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat
yg luka.
Kanak-kanak 2-4 tahun
Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2
tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Meal Shakes juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak dan berparut
Kanak-kanak 4-12 tahun
Mealshake + ESP + Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend
dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.
Remaja dan dewasa
Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan
termasuk ESP + Meal Shakes + Vitamin E + Herbal Blend + Omega Guard +Alfalfa.
Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pada saya.
Tak semestinya kena ambil semua yang saya cadangkan. Pilih
suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan bajet anda.
Apa sahaja pertanyaan bolehlah whatsapp atau sms saya. Saya sudi membantu anda 0142107466
No comments:
Post a Comment