Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi
jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang
bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara
termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.
Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan
akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah
tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua
orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.
- Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.
- Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak. Sapukan pada kulit bayi.
- Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.
sumber :http://pama.karangkraf.com/atasi-ruam-secara-tradisional-1.251793
No comments:
Post a Comment