3
Cara Mengurangkan Kembung Perut Ketika Mengandung
Mengandung adalah rahmat yang tidak terhingga yang diberi
oleh Allah kepada wanita. Namun begitu, perjalanan mengandung di trimester
pertama biasanya tidak indah oleh sebilangan besar wanita. Banyak simptom
mengandung yang agak mencabar, di antaranya adalah loya, muntah-muntah dan
kembung perut (bloating).
Melalui web livestrong.com, kembung perut adalah simptom
biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama dan
ia adalah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron
meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot
termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang rehat ini yang
menyebabkan kita rasa kembung dan tidak selesa.
Terdapat 3 cara dicadangkan untuk mengatasi masalah ini:
1)Memakai pakaian yang longgar dibahagian pinggang dan
perut.
Apabila pakaian yang dipakai agak ketat dibahagian-bahagian
ini, perut akan terasa 'ditekan', dan ini akanmenambah ketidakselesaan kita
pada bahagian perut. Kadang-kala, ketidakselesaan ini akan menyebabkan rasa
loya yang menjadi-jadi dan ingin muntah.
2. Makan pada jumlah yang kecil dan kerap.
Makan pada jumlah yang banyak juga pada sesuatu masa tidak
membantu mengurangkan masalah kembung, malah ia boleh menambah rasa kurang
selesa dan perasaan loya yang menjadi-jadi.Ibu mengandung disarankan membawa bersama
makanan ringan seperti biskut atau roti bersama-sama apabila ke mana-mana
tempat untuk mengelakkan perut berangin akibat lambat makan.
3. Elakkan makanan 'berangin'
Elakkan makanan berangin yang boleh menambah kembung perut.
Masalah kembung ini mungkin berlarutan untuk beberapa bulan pertama sahaja, dan
akan berakhir apabila kandungan mencecah trimester kedua dan ketiga.
Ibu mengandung juga boleh mencuba Peppermint-Ginger Plus dari
Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah ini. Ia mengandungi 4 herba
semulajadi utama iaitu Halia, Peppermint, Fennel/Adas dan Cukai Manis yang
diproses dan dihasilkan dengan standard kajian klinikal yang teliti. Ia juga
mempunyai banyak kelebihan lain, di antaranya mengatasi masalah penghadaman dan
gastrik.
Anda jugak boleh mencuba set cadangan 'Alahan Mengandung' di bawah :
Anda jugak boleh mencuba set cadangan 'Alahan Mengandung' di bawah :
No comments:
Post a Comment