Friday 8 November 2013

Shaklee dan Kesihatan Anda


Di bawah ini disenaraikan pelbagai VITAMIN SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi FIZA 0133607466 untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging
Vivix, Collagen Powder

Anti-Oxidants
CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema
Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Nutriferon

Breastfeeding Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Children's Health
Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard, Ostematrix

Diabetes Set
GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Zinc, VIVIX

Gout Set
PD, Omega Guard, Alfalfa, Herblax

Immune Booster
NutriFeron

Men's Health
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Preggy Mommies
Vitalea, B Comples, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care
B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Collagen Powder

Students' (12 years ++)
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Mealshake
 
Weight Management
Herblax, Omega Guard/Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets
Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron, Collagen Powder

VIVIX

Penyakit 3 Serangkai dan Shaklee

Asslammualaikum,entry kali ini adalah berkenaan Penyakit 3 Serangkai, anda pernah dengar tentang Penyakit 3 Serangkai ini? – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? Orang Kata, kalau kita dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung.

Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.

Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh.

Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.


Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan mengambil supplement sebagai diet harian anda.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat, terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Perlukan berhenti mengambil ubat? Jangan, kerana itu dipreskripsi oleh doktor. Ambillah suplemen di atas bagi menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat diabetes tersebut.

Terdapat satu berita baik untuk pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit tiga serangkai. Shaklee mempunyai satu produk berkualiti yang telah diuji secara klinikal untuk mengurangkan risiko serangan jantung salah satunya, ia adalah sirap ajaib, Vivix.
VIVIX PRODUK TERHANGAT DIPASARAN

VIVIX  minuman campuran botanim merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani polygonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan  polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri drp. sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX FUNGSI DAN KELEBIHAN
Memperbaiki tenaga SEL. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan,semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. VIVIX membantu menguatkan sel tubuh memperbaiki DNA. Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA (akibat radikal bebas) menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. VIVIX membantu melambatkan & melindungi DNA sel tubuh kita. Amat sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser seperti kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuh kepada keadaan asal.


Meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular,imuniti & sendi. VIVIX membantu mengembalikan keremajaan anda.

VIVIX kini menjadi perhatian pengguna seluruh dunia disebabkan kebaikan kandung selain melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan hanya meminum sesudu sehari , pengguna akan merasai perbezaannya. Sesuai untuk lelaki & wanita 18 tahun keatas. Boleh dijadikan masker pada wajah dengan menyapu dimuka dan biarkan beberapa minit untuk lihat hasilnya. Ini untuk kecantikkan dan awet muda...


#Entry akan datang fiza akan ceritakan pula Vivix utk Penyakit SLE....


Thursday 7 November 2013

Arahan Pengambilan Ubat dan Vitamin (Supplement)


Sebaik sahaja mendapat bekalan ubat, anda harus membaca maklumat yang tertulis pada labelnya. Ia seharusnya mengandungi:

Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
  • Nama anda
  • Nama ubat dan dosnya (biasanya dalam miligram atau mililiter)
  • Arahan bagaimana hendak mengambil ubat. (untuk ditelan, dikunyah, disuntik atau diletakkan dibawah lidah sebelum atau selepas makan)
  • Amaran penting. (Contohnya: elakkan memandu, mengendali jentera, perlu dihabiskan, goncang sebelum guna)
  • Cara penyimpanan ubat. (sama ada perlu disimpan di tempat gelap atau tempat sejuk dan sebagainya. Contohnya: ubat insulin perlu disimpan dalam peti sejuk, ubat GTN (Glycerin Trinitrate) perlu disimpan dalam bekas gelap, dsb. )

Bagaimana cara yang betul mengambil ubat?
Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
Ambil ubat pil anda dengan air kosong sahaja.
Penyerapan sesetengah ubat ke dalam badan kita dipengaruhi oleh minuman tertentu Contohnya: penyerapan ubat yang mengandungi zat besi akan terganggu apabila diambil bersama kopi atau teh.

  • Ambil ubat anda pada masa yang sama setiap hari atau dengan selang masa yang sama.
  • Sekiranya anda diarahkan mengambil ubat sekali sehari, ianya bermaksud setiap 24 jam (dan pada masa yang sama setiap hari). Dua kali sehari bermaksud setiap 12 jam, tiga kali sehari bermaksud setiap 8 jam dan empat kali sehari bermaksud setiap 6 jam. Cara pengambilan sebegini adalah penting terutamanya bagi ubat-ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan pil hormon. Ubat-ubat yang kita ambil akan diserap ke dalam badan kita secara perlahan-lahan.
  • Pengambilan ubat dengan betul akan memastikan badan mendapat bekalan ubat yang berterusan dan konsisten seperti mana yang ia perlukan. Habiskan ubat anda untuk tempoh yang ditetapkan.
  • Ini terutamanya untuk pengambilan ubat antibiotik. Antibiotik biasanya diberikan untuk tempoh 5 hingga 14 hari bergantung kepada jenis penyakit. Adakalanya tempoh yang lebih lama diperlukan (sekurangkurangnya 6 minggu untuk jangkitan kuman pada tulang; 6 hingga 18 bulan untuk penyakit tuberculosis (batuk kering). Mengambil antibiotik untuk tempoh yang ditetapkan akan memastikan bahawa semua kuman dapat dimusnahkan atau disingkirkan. Memberhentikan pengambilan ubat-ubat ini sebelum tempohnya akan menambahkan risiko kuman-kuman ini menjadi lebih kuat dan akan menjejaskan kesihatan anda. Sila bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah untuk mematuhi tempoh penggunaan ubat yang ditetapkan. 
  • Patuhi dos yang ditetapkan.
  • Dua kali ganda tidak semestinya bermaksud dua kali lebih baik. Sebenarnya, menambah dos ubat akan menambahkan kesan sampingannya. Ada juga ubat yang boleh membawa maut sekiranya dosnya ditambah terlalu banyak. Biasanya ubat-ubat ini mempunyai nisbah keberkesanan yang kecil. 
  • Jangan gunakan ubat yang sepatutnya diambil oleh orang lain.
  • Setiap penyakit dan pesakit adalah berbeza, walaupun mungkin mempunyai penyakit yang sama. Sebab itulah sesetengah ubat memerlukan preskripsi doktor. Ubat yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda. 
  • Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya lupa mengambil ubat?
  • Senang sahaja. Ambilnya sebaik sahaja anda ingat. Walau bagaimanapun, sekiranya masa itu dekat dengan masa untuk dos yang berikutnya, ambil dos yang berikutnya sahaja dan bukan kedua-dua dos sekali. Tanya doktor atau pegawai farmasi anda sekiranya anda tidak pasti. 
  • Kenapa sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan dan sesetengah ubat itu selepas makan?
  • "Makan ubat ini selepas makan atau dengan makanan." Ini mempunyai maksud yang sama. Sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan manakala sesetengah ubat yang lain perlu diambil selepas makan. Ada ubat yang penyerapan dan keberkesanannya akan terganggu dengan kehadiran makanan dalam perut dan ada juga yang sebaliknya. Ubat yang mempunyai arahan untuk diambil sebelum makan haruslah diambil sekurangkurangnya setengah jam sebelum makan, bukan sejurus sebelum makan. Ubat yang perlu diambil dengan makanan, haruslah diambil sebaik sahaja anda mula makan.
  • Ada ubat yang perlu dikunyah ada yang perlu ditelan dan ada pula yang perlu diletakkan dibawah lidah. Kenapa begitu?
  • Ini berkaitan dengan salut ubat berkenaan dan cara penyerapannya dalam badan kita. Sesetengah ubat mempunyai bahan aktif yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Ubat ini disalut khas dan tidak boleh dikunyah. Baca arahan pada label ubat anda dengan teliti untuk mengetahui bagaimana untuk mengambilnya. 
  • Adakah semua maklumat ini juga berkaitan dengan ubat suntikan, ubat sapu dan ubat semburan hidung?
  • Ya. Semua ubat mempunyai lembaran/risalah maklumat terperinci yang diletakkan di dalam bungkusan /kotak ubat tersebut. Baca maklumat ini dan tanya pegawai farmasi anda sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut.


Antibiotik

Setiap kali anak demam kita akan monitor suhu badan, jika anak masih aktif bermain dan masih berselera makan memang kita tak bawa ke klinik. Sekadar sapukan air ke suluruh badan anak, monitor suhu badan, bagi vitamin dan beri minum air secukupnya. Jika suhu badan tinggi dan nampak tak bermaya baru bawa ke klinik.

Dan setiap kali dibawa ke klinik mesti doktor akan beri antobiotik. Kekadang terfikir juga perlu ke sampai nak kena makan antibiotik?

Kebiasaannya bayar sesaje je antibiotik tu, balik rumah tak beri pun, doktor pun kata jantung anak okey tiada tanda-tanda kelainan, antibiotik tu diberi takut ada jangkitan lain je. Lagipun antibiotik tu bila dah start makan kena habiskan satu botol.

Kesian kat anak kena telan antibiotik, walaupun demam dah surut antibiotik kena habiskan juga. Tak nak beri tu bukan apa, takut ada kesan dari pengambilan antibiotik yang kerap cam kes kekebalan pada antibiotik (Antibiotic-resistance bacteria). Budak-budak kan mudah kena demam, ada tu hampir tiap bulan demam, tak kan setiap kali tu juga nak diberi antibiotikkan?

Kat malaysia ni kesedaran tentang bahaya pengambilan antibiotik yang kerap belum meluas lagi. Bagi kebanyakan orang antibiotik tu satu ubat yang wajib, kalau doktor tak beri antibiotik ada yang tanya kenapa tak beri.

Mungkin faktor tak ramai orang faham antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Dan mungkin ada yang terlupa demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu berpunca dari serangan virus. So bagaimana pula satu ubat yang bertujuan untuk membunuh bakteria dapat mengawal virus?

Lain la kalau demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu sampai mengundang jangkitan bakteria , baru la berguna telan antibiotik kan.

Jadi anda para ibu bapa fikir la sendiri persoalan perlu ke beri antibiotik pada anak yang demam?

Mungkin artikel dibawah ni boleh membantu korang dalam membuat keputusan pada persoalan di atas:

Antibiotik dan kegunaannya
Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak





Energizing Soy Protein (ESP)


ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajianmenunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dariproses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
APA ISTIMEWANYA : E.S.P?
Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?
Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini. Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
Mengapa?  Kenapa?  Bagaimana?  Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.
  • Apa itu energizing soy protein atau esp?
  • Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara esp dengan alfalfa?
  • Berapa harga satu canister esp?
  • Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister esp?
  • Siapa yang tidak boleh mengambil esp?
  • Apa rasa esp sebenarnya?
  • Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
  • Adakah masih perlu esp jika saya sudah ambil alfalfa?
  • Apakah kebaikan dan kelebihan lain esp ini?
  • Bagaimana saya hendak order esp ini?
Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.
Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155. (Sila hubungi FIZA untuk mendapatkan harga istimewa).
Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.
Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
  • Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
  • Sesuai untuk semua lapisan:
  • Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
  • Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
  • Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
  • Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
  • Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
  • DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.
Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.
Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.
Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.

Tahukah Anda??
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

                                    SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

  • Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
  • Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
  • Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,

Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

Testimoni ESP


Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi FIZA dan FIZA akan uruskan pesanan anda
SECEPAT MUNGKIN

Nor Hafiza Ismail
Id Shaklee :956636
0133607466



Detoks Usus/Detoksifikasi Usus.

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat?
Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih  dari bakteria dan kuman penyebab kanser

Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:

1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.
Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.

2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.
Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.

3. Meningkatkan tenaga
Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.

4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.

5. Meningkatkan fokus. 
Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya.Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.

6. Permulaan yang baik untuk kurus
Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.

7. Mengurangkan risiko barah kolon.
Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser

8. Meningkatkan kesuburan.
Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.

9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.

10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber:http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing


Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus.





GLA MEMBANTU CEPAT HAMIL

Kepada yang telah mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan anak, anda mungkin boleh mencuba GLA Shaklee. Menurut kajian, ia mampu membantu wanita untuk hamil dengan izin Allah.

GLA sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dalam penyembuhan penyakit.
GLA (asid gamma linolenik)  merendahkan kolesterol, membantu untuk mengurangkan gejala sindrom prahaid dan membantu dalam pengeluaran cecair kualiti subur serviks.  Asid gamma linolenik (GLA) ditukar kepada bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin E1 yang mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga boleh bertindak sebagai pencair darah dan membesarkan saluran darah. Ciri-ciri anti-radang GLA membantu melegakan kesakitan dan kekejangan.

GLA dan PMS (Sindrom Prahaid)
GLA juga mempunyai kesan ke atas gejala sindrom prahaid dan memberi kesan kepada lendir serviks. Jika anda mengalami sindrom prahaid(PMS), ia mungkin kerana anda kekurangan GLA. Antara sindrom PMS adalah senggugut, stress dan keletihan.

GLA dan Proses Hamil
GLA membantu wanita untuk menghasilka lebih subur cecair serviks yang berkualiti dan lebih subur.Cecair serviks menjadi subur, nipis, berair, jelas dan 'elastik' dan mudah membantu sperma untuk  melalui rahim, tiub fallopio dan telur. Cecair serviks ini juga membantu sperma untuk terus hidupsehingga lima hari di dalam tiub fallopio, sekali gus membolehkan proses hamil berlaku walaupun walaupun hubungan dilakukan bukan masa ovulasi berlaku.

Jika cecair serviks anda adalah tebal, coklat atau kering, ia boleh menghalang persenyawaan. Sesetengah wanita mengalami cecair serviks yang sangat kering sekaligus menghalang pembentukan cecair serviks yang subur.

Jika anda mempunyai masalah seperti itu, anda disarankan minum banyak air dan mengambil GLAdalam membantu pengeluaran cecair serviks subur wanita.

Untuk Set Kesuburan Bajet Wanita

GLA Complex & Alfalfa Complex tambah B Complex
Untuk Set Bajet
Set Lagi Bajet untuk Lelaki + Wanita
Zinc Complex + GLA Complex


Tetapi….Jika ada bajet Lebih....Bolehlah ambik Set lengkap Kesuburan Wanita & Lelaki Yang Terdiri dari :

Wednesday 6 November 2013

Meal Shake (Vanilla)

Harini nak cakap pasal MEALSHAKE...

APA KANDUNGAN MEAL SHAKE?
  • Meal Shake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Meal Shake mengandungi anti oksidan iaitu vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.
  • Meal Shake mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah.
  • Meal Shake mengandungi vitamin B  yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
  • Meal Shake mengandungi fiber atau serat yg memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari. Juga membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit.
  • Meal Shake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.


Siapa Yang Sesuai Mengambil Meal Shake?


  • Kanak-kanak seawal 1 Tahun
  • Kanak-kanak yang sembelit
  • Kanak-kanak yang selalu demam dan tidak sihat
  • #Meal shake : Multivitamin utk kanak-kanak
  • Ibu Mengandung & Ibu Menyusu
  • Terlalu kurus dan ingin menambahkan berat badan




CARA PENGAMBILAN MEAL SHAKE

DEWASA : 
2 sudu besar Meal Shake boleh campur dengan minuman lain.


KANAK-KANAK 1-6 TAHUN : 
1 sudu kecil  Meal Shake boleh campur dalam susu atau minuman lain. Sekiranya anak anda tidak mahu minum susu yang di campur dengan Meal Shake, anda boleh cuba membuat minuman sejuk seperti dicampur dengan serbuk koko dan disimpan di dalam peti sejuk.

Vitamin E

BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [KHASIAT GRAPE SEED EXTRACT]

Grape Seed Extract mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain. Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.
Vitamin E Untuk Kulit Cantik, 5 Rawatan Utama Untuk Kullit

Salah satu daripada vitamin larut lemak (A,D,E,K) adalah vitamin E. Pengambilan vitamin dan keselamatannya ada di bincangkan secara terperinci  di dalam buku 'Prescription For Longevity' yang ditulis oleh Dr James Scala. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan  dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.

  • Vitamin E atau tocopherol, adalah antioksidan yang larut lemak. Ia didapati dalam bentuk kapsul atau bentuk cecair pada kedai-kedai ubat dan farmasi. Ia biasanya dimakan atau sapu terus pada kulit parut.
  • Vitamin E terbukti untuk dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan.
  • Vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen, struktur protein yang membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan kulit.
Walaupun ramai yang menggunakan vitamin E untuk kulit mereka untuk mengurangkan parut, ia juga disyorkan oleh doktor selepas pembedahan kulit kerana terdapat kajian yg menunjukkan ia sangat membantu.

Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkan kecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.


Apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:

Kedutan
Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?


Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease", Vitamin E menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutan dengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru.
Rawatan Malam

Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.

Parut.

Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Menurut Diane Irons, penulis buku "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget", Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.

Tompok Coklat

Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.
Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)

Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah. Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah.
Mendapatkan Vitamin E Shaklee untuk mengurangkan masalah parut dan stretch Mark adalah amat bijak. Kandungan semulajadinya sangat selamat digunakan dan tidak meninggalkan bahan kimia terlarang kepada kulit.

Selain itu Vitamin E juga untuk Kesuburan Suami Isteri

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk mengelakkan serangan radikal bebas ke pada sel tubuh kita. Ia juga sangat baik untuk jantung, aliran darah dalam badan, membantu mengurangkan risiko PMS dan tidak lupa juga kepada sistem reproduksi badan.


Vitamin E sesuai di makan untuk meningkatkan kesuburan lelaki / suami dan perempuan / isteri.

Kebaikan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.
Selalunya kekurangan Vitamin E biasa dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Lelaki yang mengambil cukup vitamin E akan meningkatkan kualiti sperma, menjadikannya lebih cergas bergerak. Ia meningkatkan kebarangkalian kepada wanita untuk mengandung.


Ia juga boleh mengurangkan risiko kecacatan sperma yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran. Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin E oleh lelaki dalam beberapa bulan boleh meningkatkan kesuburan sehingga 10%.

Kebaikan Vitamin E untuk Kesuburan Wanita
Ramai yang tidak tahu peranan Vitamin E membantu wanita untuk hamil. Vitamin E lebih serasi dengan kecantikan kulit wanita. Namun, Vitamin E juga memberi peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita.

Vitamin E boleh meningkatkan kandungan cecair mukus dalam serviks wanita. Sperma boleh lagi hidup dalam serviks wanita dengan lebih lama apabila cecair mukus mencukupi dan banyak. Ia membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. GLA juga mempunyai kandungan Vitamin E.


Vitamin E juga mengurangkan risiko kecacatan telur wanita dan juga boleh mengurangkan masalah kecacatan ketika melahirkan dan keguguran.

sumber: http://www.conceiveeasy.com/get-pregnant/vitamin-e-and-fertility/

Set Cadangan Untuk Kulit supaya lebih cantik.....
Dapatkan Vitamin E Shaklee anda sekarang.
Hanya RM 149 (120biji)
hubungi fiza yer 0133607466



Friday 1 November 2013

CoQ10

Suplemen Untuk Jantung
Penyakit jantung dan strok merupakan pembunuh No.1 di Malaysia mendahului penyakit kanser. Majoriti pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup sihat seperti diet seimbang, senaman secara teratur, tidak merokok, miliki berat badan ideal serta mengambil suplemen yang berkualiti. CoQ10 (Coenzyme Q10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung.
KEBAIKAN CoQ10
CoQ10 Health Shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang direka untuk ppenguraian dan serapan maksimum.


CoQ10 Health Shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang direka untuk ppenguraian dan serapan maksimum. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
jantung kuat dapat memastikan darah dapat dipam dengan lancar ke suluruh pelusuk badan.

Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
LDL adalah kolestrol jahat. Jumlah LDL yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular. Kolestrol ini menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah dan jika saluran darah semakin sempit ini akan menyebabkan serangan jantung atau strok.

Meningkatkan peredaran darah
Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar. Hasilnya, semua organ di dalam tubuh kita mendapat oksigen mencukupi.

Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar.

SELAIN CoQ10, CoQHealth Shaklee mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau yang menjadikannya mempunyai kelebihan berikut:-
[/] Mencantikkan kulit
[/] Meningkatkan kesuburan
[/] Menggalakkan tekanan darah normal
[/] Melawan keletihan
[/] Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
[/] Meningkatkan fungsi otak
[/] Membantu organ lain mengekalkan fungsi optimum
[/] Membantu dalam rawatan kanser


Jika anda malas nak makan supplement CoQ10 anda boleh dapatkan kandungan CoQ10 dari sumber makanan iaitu : anda perlu makan SEEKOR AYAM dengan berat 1.7kg atau 28 cawan BROKOLI atau 1 botol PEANUT BUTTER...Anda mampu ke nak makan semua itu?hihihi.... So lagi senang makan CoQ10....


Kebaikan CoQ10 untuk Kulit lebih Cantik dan Menawan

Kesan Koenzim Q10 atau CoQ10  pada kulit adalah mengurangkan kemunculan kedut dan mengekalkan kulit lembap dan kelihatan lebih muda. Ia juga boleh mengurangkan kesan gelap atau merah disebabkan oleh jerawat, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, atau penuaan. Ramai orang juga mengambil Koenzim Q10 atau CoQ10 ada kulit untuk mengurangkan dan mencegah selulit.

Apa itu Koenzim Q10 atau CoQ10 dan fungsinya pada kulit?

Koenzim Q10 atau CoQ10, atau ubiquinone adalah bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh sel-sel, terutamanya dalam mitokondria, iaitu tempat 'punca tenaga' sel. Dengan kata lain, bahan ini sangat menyumbang kepada pengeluaran tenaga untuk keseluruhan tubuh badan, terutamanya di organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung. Malah, 95% daripada tenaga yang diperlukan oleh badan manusia dibekalkan dengan Koenzim Q10 atau CoQ10.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan Koenzim Q10 atau CoQ10 bertindak seperti antioksidan dengan menghalang tekanan oksidatif dari merosakkan sel-sel. Apabila kita semakin berumur,Koenzim Q10 atau CoQ10 kurang menghasilkan ubiquinone dan kulit akan menunjukkan kesannya apabila ia semakin kendur dan kurang menarik.

Kebaikan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit

Ramai mendapati kedutan muka dan garis-garis halus pada muka mereka berkurang selepas menggunakan Koenzim Q10 atau CoQ10 secara konsisten. Apabila seorang wanita semakin berumur, sel-sel kulit yang semakin tua tidak digantikan dengan yang baru kerana kekurangan penghasilan ubiquinonedan kekurangan tenaga oleh mitokondria sel. Ia boleh menyebabkan kedutan pada kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya. Untuk mengatasinya, kita boleh menggunakan produk yang mengandungi Koenzim Q10 atau CoQ10 bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan dan menyegarkan kulit dengan sel-sel kulit baru.

Koenzim Q10 atau CoQ10 membantu kulit untuk lebih anjal dan lembut

Satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit ialah dengan meningkatkan kelembutan dan kelembapan kulit. Kulit wanita yang berumur tidak mampu mengekalkan kelembapan dan sentiasa terhidrasi, menyebabkan ia kurang lembap dan menambah garis-garis halus. Kurang penghasilan ubiquinoneoleh sel juga menyebabkan sel kurang penghasilan kolagen dan kurang kenyal atau elastik. Tidak hairanlah jika kulit semakin tidak anjal mengikut peredaran usia. Suplemen Koenzim Q10 atau CoQ10 akan menggalakkan menghasilkan kolagen pada kulit seterusnya melembapkan kulit dan menjadikan ia lebih lembut.

Koenzim Q10 atau CoQ10 mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit akibat faktor umur

Pengurangan  kesan tua pada kulit akibat faktor umur merupakan satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 di mana ia mengurangkan kedutan disebabkan penggantian sel mati yang cepat. Ubiquinone juga membantu tubuh menyerap vitamin C dan E, kedua-duanya membantu pembaharuan sel-sel kulit dan mencerahkan tompok-tompok hitam.

Keupayaan Koenzim Q10 atau CoQ10 untuk membekalkan tenaga membantu mempercepatkanmetabolisme badan, dan oleh kerana itu,  ia sering dimasukkan ke dalam krim anti-selulit yang sering digunakan pada kaki dan punggung, kawasan-kawasan yang sering mengandungi paling banyak lemak pada wanita. Keupayaan bahan untuk mengurangkan keradangan kulit juga boleh menyumbang kepada kesan anti-selulit itu.

sumber: http://www.wisegeek.com/what-are-the-effects-of-coenzyme-q10-on-skin.htm


Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu capsul untuk sehari, mengandungi 30 biji dalam satu botol. Sesuai untuk keperluan sebulan.




 

~CoQ10 juga meningkatkan kesuburan~