Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda,
sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?
Berdasarkan perangkaan, kanser usus adalah kanser ketiga
tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara
sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat.
Macamana nak dapatkan usus yang sihat?
Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser
Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:
1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.
Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap
nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam
usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk.
Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan
mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa
terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh
menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.
2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.
Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada
didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa?
Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan
mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti
buasir.
3. Meningkatkan tenaga
Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga
yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan
disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks
usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang
lebih lena.
4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan
nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan
nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.
5. Meningkatkan fokus.
Sebanyak manapun makanan berkhasiat
yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya.Fokus hilang
apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap
dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf
hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien
dalam badan dapat diserap dengan baik.
6. Permulaan yang baik untuk kurus
Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus
akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis
lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di
dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan
sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang
hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan
metabolisma badan.
7. Mengurangkan risiko barah kolon.
Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap
oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin
yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik
seterusnya menyebabkan barah/ kanser
8. Meningkatkan kesuburan.
Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan
yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal
berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan,
ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan
toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi
penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan
kimia yang mengganggu telur dan sperma.
9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah
makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat.
Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah
dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam
darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.
10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang
tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih
ringan, serta lebih sihat.
sumber:http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing
Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan
membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang
dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus.
No comments:
Post a Comment