Wednesday 6 November 2013

Vitamin E

BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [KHASIAT GRAPE SEED EXTRACT]

Grape Seed Extract mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain. Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.
Vitamin E Untuk Kulit Cantik, 5 Rawatan Utama Untuk Kullit

Salah satu daripada vitamin larut lemak (A,D,E,K) adalah vitamin E. Pengambilan vitamin dan keselamatannya ada di bincangkan secara terperinci  di dalam buku 'Prescription For Longevity' yang ditulis oleh Dr James Scala. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan  dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.

  • Vitamin E atau tocopherol, adalah antioksidan yang larut lemak. Ia didapati dalam bentuk kapsul atau bentuk cecair pada kedai-kedai ubat dan farmasi. Ia biasanya dimakan atau sapu terus pada kulit parut.
  • Vitamin E terbukti untuk dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan.
  • Vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen, struktur protein yang membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan kulit.
Walaupun ramai yang menggunakan vitamin E untuk kulit mereka untuk mengurangkan parut, ia juga disyorkan oleh doktor selepas pembedahan kulit kerana terdapat kajian yg menunjukkan ia sangat membantu.

Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkan kecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.


Apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:

Kedutan
Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?


Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease", Vitamin E menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutan dengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru.
Rawatan Malam

Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.

Parut.

Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Menurut Diane Irons, penulis buku "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget", Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.

Tompok Coklat

Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.
Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)

Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah. Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah.
Mendapatkan Vitamin E Shaklee untuk mengurangkan masalah parut dan stretch Mark adalah amat bijak. Kandungan semulajadinya sangat selamat digunakan dan tidak meninggalkan bahan kimia terlarang kepada kulit.

Selain itu Vitamin E juga untuk Kesuburan Suami Isteri

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk mengelakkan serangan radikal bebas ke pada sel tubuh kita. Ia juga sangat baik untuk jantung, aliran darah dalam badan, membantu mengurangkan risiko PMS dan tidak lupa juga kepada sistem reproduksi badan.


Vitamin E sesuai di makan untuk meningkatkan kesuburan lelaki / suami dan perempuan / isteri.

Kebaikan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.
Selalunya kekurangan Vitamin E biasa dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Lelaki yang mengambil cukup vitamin E akan meningkatkan kualiti sperma, menjadikannya lebih cergas bergerak. Ia meningkatkan kebarangkalian kepada wanita untuk mengandung.


Ia juga boleh mengurangkan risiko kecacatan sperma yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran. Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin E oleh lelaki dalam beberapa bulan boleh meningkatkan kesuburan sehingga 10%.

Kebaikan Vitamin E untuk Kesuburan Wanita
Ramai yang tidak tahu peranan Vitamin E membantu wanita untuk hamil. Vitamin E lebih serasi dengan kecantikan kulit wanita. Namun, Vitamin E juga memberi peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita.

Vitamin E boleh meningkatkan kandungan cecair mukus dalam serviks wanita. Sperma boleh lagi hidup dalam serviks wanita dengan lebih lama apabila cecair mukus mencukupi dan banyak. Ia membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. GLA juga mempunyai kandungan Vitamin E.


Vitamin E juga mengurangkan risiko kecacatan telur wanita dan juga boleh mengurangkan masalah kecacatan ketika melahirkan dan keguguran.

sumber: http://www.conceiveeasy.com/get-pregnant/vitamin-e-and-fertility/

Set Cadangan Untuk Kulit supaya lebih cantik.....
Dapatkan Vitamin E Shaklee anda sekarang.
Hanya RM 149 (120biji)
hubungi fiza yer 0133607466



No comments:

Post a Comment