Friday 27 September 2013

Anak Anda Sembelit?

Fiza gembira sangat harini kerana dapat berkongsi satu lagi kebaikan produk Shaklee iaitu Mealshake. Seorang customer sms memberitahu berita gembira tentang anaknya. Anaknya berumur 2tahun setengah selalu Sembelit. Ibu susah hati sebab anaknya kadang2 susah nak membuang air besar.

Beliau masukkan satu sudu kecil Mealshake ke dalam bancuhan susu anaknya pada tarikh 15hb.9.2013  dan  22hb.9.2013 .Harini 27hb.9.2013 dah dapat respon cakap anak dia dah membuang air besar dengan ok.. Alhamdulillah.
15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
  • Kurangkan Ekzema
  • Untuk Tumbesaran
  • Untuk Perkembangan Minda
  • Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk Anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu



Apa Tunggu lagi???? Jom Ambik Mealshake. Mealshake mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh anak-anak kita. Protein, kalsium, vitamin dan mineral lengkap dalam satu bancuhan Mealshake yang lazat.


Perkembangan Terbaru : 2hb.11.2013 fiza ada bagi anak fiza Kaisara Nurhana makan Meal Shake...Alhamdulillah keesokan harinya dah dapat membuang air besar dengan senang walaupun najis still lagi keras....Dua hari lepas tu hingga sekarang selera makan sara bertambah-tambah sebelum ini memilih sangat kalau nak makan. Tapi sekarang semua nak makan...gembira hati ibu.... :)

Thursday 26 September 2013

BURUNG PUYUH BEREMPAH

  • 2 ekor burung puyuh (cuci dgn air garam)
  • Bawang Merah – 3 biji
  • Bawang Putih – 2 Biji
  • Halia – setengah inci
  • Serai – 2 batang dikisar
  • Daun kunyit – 2 helai (dihiris halus)
  • Limau nipis – ½ biji (kdg2 letak kdg2 x....hihi)
  • Kunyit debu
  • Garam secukup rasa..

Cara-caranya:

(1) Puyuh dipotong empat

(2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar * kedalam bekas gaulkan bersama-sama dengan puyuh


    (3) Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perah limau nipis untuk dptkan airnya.
     (4) Perapkan puyuh tadi selama ½ jam.

(5) Selepas itu gorengkan kedalam minyak yg panas.SIAP……




RESEPI SAYUR “TENE”….

Assalamualaikum….harini fiza nak kongsikan resepi sayur tene…Masakan ini amat popular di Terengganu…

Bahan-bahan:
  • Sayur Tene 1 batang (Petola)
  • Ikan Selayang 2-3 ekor (Orang luar trg panggil ikan sardin)
  • Soohun + pucuk
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • *ditumbuk:dikisar….

Cara-caranya:

     1) Petola dipotong seperti dalam gambar di bawah….














2) Ambik isi ikan tumbuk sampai hancur (semasa tumbuk dalam lesung batu masukkan  garam sekali yer). Buatkan bulat2 seperti bebola ikan.


3)Bawang merah + bawang putih + lada hitam ditumbuk juga.
4)Tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
5)Bila dah garing, masukkan air satu atau dua cawan mengikut anda…Kalau nak kuah letak banyak air.
6)Masukkan soohun+pucuk dan petola..masukkan garam secukup rasa.

Dah siap untuk dimakan…



Mengapa badan kita perlukan supplemen???

Assalamualaikum….


Ok Harini Fiza Nak citer Mengapa badan kita perlukan supplemen??? Kenapa dulu tak perlu supplemen tetapi badan sihat jer….Ini Jawapan kepada soalan tersebut:

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaan.

Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Jika mahu sihat sepenuhnya kita perlulah mencegah sebelum penyakit datang menyerang....



Wednesday 25 September 2013

Assalamualaikum...
Harini ada la perkara yang membuat fiza sedih..tapi takpe anggapkan suatu kesedihan sebagai ujian supaya kita lebih kuat dan berjaya...Yeaaah....
Ok2 sekarang fiza nak cerita pasal supplement shaklee ni...Di sini fiza nak terangkan lebih lanjut cara permakanan supplement ini...

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien! Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
ESP
Tengahari
Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

*Sekiranya mahu supplement yang berkaitan bolehlah sms sy…
Nor Hafiza Ismail
Id Shaklee 956636

~0142107466~

Sunday 22 September 2013

NASI DAGANG TERENGGANU

Untuk Nasi
Beras wangi – 1 kilo
Bawang Merah – 5/6 biji
Halia- ½  inci
Halba – 1 satu kecil
Santan – ½ kilo
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
Rendam beras dalam air selama 1 malam
Kukus beras selama 45minit
Selepas 45 minit akat beras gaulkan dengan air
Kukus beras sekali lagi selama 45minit
Masukkan garam dan gula ke dalam santan kacau hingga sebati
Selepas 45 minit  gaulkan dengan santan + bawang merah (dihiris halus) +halia (dihiris halus) + halba.

Acar Timun
Timun – 1 batang
Lobak – 1 batang
Sedikit cuka (anggaran)
Gula dan Garam secukup rasa

Cara-caranya
Potong timun dengan lobak (secara memanjang)

Masukkan cuka + gula +garam secukup rasa…Gaulkan hingga sebati….


Untuk Kuah
Ikan Aya (Ikan Tongkol) – 1 kilo
Santan – ½ kilo
Lada Mesin/Lada giling – 2 sudu besar
Nisang besar (gula melaka) – suku cerek
Asam keping – 2 keping
Garam secukup rasa.

Cara-caranya
Ikan Aya(Ikan Tongkol) dikukus bersama dengan garam dan asam keping
Tumis Lada mesin/lada giling dengan rempah nasi dagang segera sehingga naik baunya.
Letak santan + Nisang besar(gula Melaka) dan garam secukup rasa..
Akhir sekali masukkan Ikan Aya (Ikan Tongkol) yang dikukus tadi.

Dah siap…


     Rempah basah kuah Nasi Dagang 1bungkus RM5

   ~Ha.....!!! anda berminat dgn rempah ini, tak payah susah2 pening kepala siang bawang merah, bawang putih semua dah 'ready'...Harga pun murah gile...!! rm5 untuk 1bungkus.... dan 1 bungkus dah boleh masak kuah untuk sekilo nasi dagang~

         Rempah basah boleh didapati dari fiza sendiri sekitar kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor dan Jangan bimbang untuk peminat Nasi Dagang seluruh Malaysia fiza ada rempah kering kuah nasi dagang juga, siap dengan resepi sekali. Boleh dipos kemana sahaja dalam Malaysia..Harga rempah kering RM9 Pos RM7 Semenanjung RM11 Sabah/Sarawak. Berminat boleh whatsapp fiza 0142107466..Beli banyak fiza bagi murah...

Tuesday 17 September 2013

Alhamdulillah Turun Jugak Akhirnya

Semenjak lepas sekolah menengah xpernah ada istilah kurus dalam hidup fiza...Nak Pilih baju dan seluar pun ssh...Kadang2 terpikir sampai bila nak macam ni...

Akhirnya tekad dalam hati anak kedua nak menyusu sepenuhnya..Tapi dapat pakej sekali leh turunkan berat badan...Sapa xnak... :)
Sampai sekarang anak yang pertama cakap, "Ibu Pakai Seluar Papa Yer" sebab dulu mungkin dia tak pernah tgk ibu pakai seluar yang pelik2.....hahahaha....

Kulit Muka pun Alhamdulillah bertambah licin...xpayah nak tampal bedak/makeup...

-Alfalfa Complex, Lecithin, OsteMatrix dan ESP-

Kalau kita nak Insha Allah boleh...So apa tunggu lagi....
Pm/sms fiza (0142107466) sekarang...
dapatkan harga istimewa untuk produk shaklee :)

*Nak tanya info pasal shaklee pun boleh.....Nak Tambah Pendapatan Melalui shaklee pun boleh...

Thursday 12 September 2013

TEKNIK PENGEPAMAN SUSU

Di sini fiza ingin kongsikan Teknik-teknik pengepaman susu...

Beberapa teknik pengepaman susu.

Memerah dengan tangan
  • Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah.
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan ditempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel payudara untuk memberi  rangsangan (refleks oksitosin atau letdown reflex).
  • Melihat gamba bayi jugak boleh membantu menghasilkan refleks.
  • Tuam panas payudara juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu – buat pegangan pada payudara, letakkan ibu jari disebelah atas payudara berdekatan aerola manakala jari telunjuk dibahagian bawah (utara dan selatan).
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • Tukar ke payudara yang satu lagi.
  • Urut kedua-dua payudara dam mulakan sekali lagi.
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa tittik susu ke atas puting susu dan keringkan puting payudara.
  

Memerah dengan menggunakan pam
  • Baca panduan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  • Basuh dengan bersih dan sterilkn peralatan mengepam.
  • Basuh tangan dengan bersih.
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Rangsang putting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Posisi kan putting payudara ke dalam corong breast shield.
  • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik).
  • Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).



Panduan-panduan lain.
  • Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.
  • Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
  • Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding dengan memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
  • Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
  • Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction).
  • Patuhi rutin mengepam setia hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8pg – 5 ptg).
  • Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara satu lagi.

ALFALFA VS LECITHIN

Ok sekarang sambung pasal SHAKLEE Plak... :)

ALFALFA boleh dimakan bersama-sama dengan LECITHIN untuk kurangkan berat badan...Masa pengurangan berat bergantung kepada badan seseorang...Mungkin ada yang cepat dan ada jugak yang lambat....Fiza sendiri mengambil masa kurang dari sebulan tetapi yang pasti sebelum habis sebotol Alfalfa dan Lecithin dah nampak hasilnya. Apa yang best tentang Set Slimming Shaklee ni, berat badan kita akan maintain tidak akan naik mendadak walaupun kita dah kurang pengambilannya.

Lecithin Shaklee:
  • Sangat terkenal dalam membantu proses pelangsingan kerana ianya bertindak untuk memecahkan lemak degil seterusnya menghalang tubuh dari mengalami masalah obesiti. Pengambilan maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, membantu mengelmusikan lemak dan memetabolismekan lemak, menurunkan kolesterol & trigliserid dalam tubuh.
  • Antara bonus lain yang akan anda dapat sekiranya setia dengan pengambilan 4000mg Lecithin sehari ialah menghasilkan rambut yang sihat cantik berkilat, kulit yang lembut gebu, dan mencegah eczema.
  • Bonus lagi untuk ibu menyusu yang mengambil Lecithin selain menguruskan badan ialah menghalang berlakunya 'clogged duct' . ' Clogged duct' akan membawa kepada masalah mastitis iaitu bengkak susu (saya sendiri mengalami bengkak susu yang kronik, cik B rase seperti nak pecah, contraction semasa nak deliver mampu saya tahan, tapi bengkak susu ini padahnya sehingga saya mengeluarkan airmata. Cuba bayangkan bagaimana seksanya kalau kena bengkak susu). Lecithin dapat membantu masalah mastitis dengan pengambilan yang berterusan.

Alfalfa Complex Shaklee :
  • Merawat masalah sembelit
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Mencuci usus bagi menyahkan toksik dalam badan
  • Membantu melengkapkan zat & nutrien dalam pemakanan seseorang.
  • Membuang angin dalam badan.

Saiz badan yang besar dalam erti kata lain gemuk memang merunsingkan ramai orang. Baik lelaki mahupun wanita. Ini antara masalah besar bagi semua orang. Slimming Centre? Mahal sangat. Belum tentu hasilnya memuaskan.

Dengan bajet bawah rm100 dah boleh beli 2 produk ini : Alfalfa + Lecithin.

Kalau pm/sms/whatsapp fiza, fiza boleh bagi harga lebih istimewa...
Apa tunggu lagi 0142107466 ^_^

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat,                    cure, or prevent any disease

Wednesday 11 September 2013

NAK KURUS (Bengkung)

Misi nak kurus : Bahagian Luaran & Fizikal

Antara sebab-sebab pemakaian bengkung adalah :
  • Mengeluarkan ANGIN dalam badan
  • Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIM yang mengembang semasa mengandung
  • Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang semasa proses bersalin Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi 

  • Mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL-KETUL dengan lancar
  • Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan PROSES TANGAS) dari rahim 
  • Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
  • Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
  • Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)
  • Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis
  • Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)
  • Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu
  • Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar
  • Menaikkan metabolisma badan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat
  • Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yang menarik
  • Wanita bersalin 'ceasarian' (kerana tidak boleh bertungku,memakai ubat dan sebagainya) paling digalakkan memakai bengkung untuk menyihatkan semula rahim anda dan mengelakkan buncit di bawah perut.
Bengkung Pertama fiza pakai selepas bersalin anak ke-2 (Tapi macam susah kene perlukan bantuan org lain utk pemakaiannya : En Suami la jadi mangsa yer....hihi....Sebulan dua boleh la...kalau lama2 mahu jemu nak mengerjakan bengkung ni.... ^_^)
Bila dah baik luka bersalin fiza cari alternatif lain supaya utk kesenangan bersama, Fiza pakai Bamboo Slimming Suit memang ok. Dah lah harga agak murah berbanding dengan bengkung yang ada di pasaran hasilnya pun amatlah memuaskan.
i
Gambar di atas adalah cara pemakaian bengkung
Berminat dengan Bamboo Slimming Suit? Harga cuma RM40 termasuk dengan pengahantaran. Jika mahu pm/sms/whatsapp fiza 0142107466 ok...

ALFALFA COMPLEX















Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.
Kebaikan Memakan Alfalfa??
  • Kaya dengan vitamin dan mineral Alfalfa Shaklee 
  • Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
  • Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi.
  • Alfalfa Shaklee turut mengadungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak  dan Antioksidan.
  • Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
  • Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

*20 Kebaikkan Alfalfa*
  1. Merawat gangguan pencernaan.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam tubuh
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Selain banyakkan susu dapat jugak untuk kegunaan lain...Jimat dan Tepat....Mengapa perlu ragu2 nak pakai alfalfa??boleh dapatkan alfalfa dengan harga bawah RM60 untuk 330biji....
(Alfalfa permulaan fiza dalam shaklee dan Alfalfa juga produk shaklee pertama customer beli dr fiza...semoga Alfalfa menjadi permulaan yang baik untuk anda juga...^_^)



Tuesday 10 September 2013

BILA GAMBAR BERBICARA

Gambar Raya 2011

Gambar Raya 2012

Gambar Raya 2013

Biar Gambar Berbicara.....
Apa yang dikongsikan selepas ni. Tunggu episod akan datang...
Ewah-ewah cam drama pukul 7ptg plak...hehehehe


KOT TIDO DRYPERS

Balik2 kerja semalam rupa-rupanya dah sampai kot tido yang ditunggu2...lama mana erk menunggu tgk kat bawah... :)

Tak mengharap pun dapat, tapi dah dapat apa lagi pakaikan je la untuk tuan empunya....
ssh nak ambik pic xreti nak duk diam hehe
siap ada jenama drypers tepi, nak jual nanti kot
ni papa ambik, diam la skit...

Ini kaki kakak....duk sibuk-sibuk ambik gambar adik, sempat lagi dia ambik kaki dia (Kakak yang bukakan sampul surat kot tidur ni, sekali kakak cakap Khalish dapat baju pampers.... ^_^)

Logo kat sampul surat