Thursday 12 September 2013

TEKNIK PENGEPAMAN SUSU

Di sini fiza ingin kongsikan Teknik-teknik pengepaman susu...

Beberapa teknik pengepaman susu.

Memerah dengan tangan
  • Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah.
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan ditempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel payudara untuk memberi  rangsangan (refleks oksitosin atau letdown reflex).
  • Melihat gamba bayi jugak boleh membantu menghasilkan refleks.
  • Tuam panas payudara juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu – buat pegangan pada payudara, letakkan ibu jari disebelah atas payudara berdekatan aerola manakala jari telunjuk dibahagian bawah (utara dan selatan).
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • Tukar ke payudara yang satu lagi.
  • Urut kedua-dua payudara dam mulakan sekali lagi.
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa tittik susu ke atas puting susu dan keringkan puting payudara.
  

Memerah dengan menggunakan pam
  • Baca panduan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  • Basuh dengan bersih dan sterilkn peralatan mengepam.
  • Basuh tangan dengan bersih.
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Rangsang putting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Posisi kan putting payudara ke dalam corong breast shield.
  • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik).
  • Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).



Panduan-panduan lain.
  • Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.
  • Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
  • Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding dengan memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
  • Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
  • Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction).
  • Patuhi rutin mengepam setia hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8pg – 5 ptg).
  • Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara satu lagi.

No comments:

Post a Comment